CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5512|Reply: 0

[Pulau Pinang] Reman lelaki ugut bekas teman wanita disambung

[Copy link]
Post time 8-8-2024 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-8-2024 03:35 PM

Reman lelaki ugut bekas teman wanita disambung


Nur Izzati Mohamad[email protected]







Seorang lelaki diiringi anggota polis untuk mendapatkan perintah sambung reman di Mahkamah Butterworth, bagi siasatan beliau mengugut dan mencederakan bekas teman wanitanya di sebuah pasar raya di Bagan Ajam di sini Ahad lalu. FOTO DANIAL SAAD





Butterworth: Reman terhadap lelaki yang mengugut dan cuba membunuh bekas teman wanitanya di sebuah pasar raya di Bagan Ajam, di sini, Ahad lalu sehingga video perbuatannya tular di media sosial disambung sehari lagi.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Pegawai Pendaftar Nuha Farzana Nor 'Azam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, suspek berusia 30-an yang mengenakan pakaian lokap berwarna jingga tiba di Mahkamah Butterworth, di sini, dengan diiringi anggota polis kira-kira 10.55 pagi.

Media semalam melaporkan lelaki direman bermula Isnin lalu selepas ditahan kerana mengugut dan bertindak cuba membunuh bekas teman wanitanya di sebuah pasar raya.

Dalam insiden berkenaan, suspek mengacukan pisau sementara tangan kirinya merangkul leher mangsa.

Mangsa mengalami kecederaan pada jari kelingking kanan semasa bergelut untuk melepaskan diri.

Orang ramai yang berada di lokasi kemudian menenangkan suspek sebelum mereka bertindak menahan suspek dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



Disiarkan pada: Ogos 8, 2024 @ 3:10pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1120370/reman-lelaki-ugut-bekas-teman-wanita-disambung





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048111 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list