|
PEACOCK Bass spesis Monokulus.
Ikan liar air tawar ini bukan sahaja menjadi buruan pemancing ketika melontarkan joran malah ia menjadi kegilaan mereka yang mengetahui mengenai keunikannya.
Antara keunikannya, mempunyai biji mata hitam melingkar kemerahan di tepinya dan corak badan yang pelbagai menjadikannya begitu istimewa. Malah, ikan ini juga mampu membesar sehingga 0.91 meter (36 inci).
Dikenali sebagai Peacock bass atau nama sainstifiknya CichlaOcellaris, ia adalah ikan predator yang berasal dari Brazil dan Florida di Amerika Syarikat.
Ikan ini dikatakan mempunyai 16 spesies secara keseluruhannya di seluruh dunia.
Warnanya pula seperti ombre putih kekuningan atau jingga kehitaman. Terdapat juga corak berbintik kehitaman di badan ikan berkenaan menjadikannya begitu unik dalam kalangan mereka yang gemar memelihara ikan ini.
PEACOCK Bass ikan preadator yang mempunyai peminat tersendiri.
Bagi peminat Peacock bass tempatan, Nadzrin Zariffudin, 36, dia mula memiliki haiwan itu sejak 2021 dengan mempunyai spesies Blue azul dan Kalberi yang beli daripada penternak pada harga masing-masing RM60 dan RM80 seekor.
Katanya, kedua-dua spesies dalam keluarga Peacock bass itu ketika dibelinya hanya sebesar 0.2 meter (8 inci) iaitu masih remaja. Manakala pada tahun berikutnya, Nadzrin membeli dua lagi spesies dalam keluarga ikan berkenaan iaitu Kelberi dan Monoculus yang sudah dewasa iaitu bersaiz lebih 0.3 meter (12 inci) pada harga antara RM250 hingga RM300 seekor.
"Saya sememangnya meminati ikan predator dan mempunyai impian untuk memiliki semua spesies peacock bass. Namun, ia sesuatu yang mustahil kerana sukar untuk didapati di pasaran.
"Selain itu, ikan ini bukan berasal dari Malaysia dan ia juga mempunyai harga yang agak mahal sekiranya dibeli daripada penternak kerana lebih mudah dijaga berbanding yang ditangkap daripada habitat asalnya," katanya.
Menjelas perkara itu katanya, Peacock bass yang berasal dari habitat asal dijual lebih rendah harganya kerana ia tidak mudah untuk dijaga memandangkan ikan itu sukar untuk dilatih memakan makanan jenis palet dan hanya memilih makanan hidup seperti serangga dan anak ikan saja.
"Manakala jenis yang diternak dijual sedikit tinggi kerana ia lebih mudah untuk dijaga kerana sudah dilatih untuk makan palet sejak dari kecil. Seperti saya mempunyai tiga spesies yang dibeli dari penternak iaitu Blue Azul, Kalberi dan Orino. Manakala, spesis Monoculus berasal dari habitat asal yang perlu dilatih untuk makan palet. Ia sememangnya mengambil masa untuk melatih ikan berkenaan," katanya.
AIR di dalam akuarium perlu sentiasa dalam keadaan suhu yang sesuai.
Tambahnya, Peacock bass boleh dianggap dewasa sekiranya sudah mencecah saiz melebihi 0.3 meter dan ke atas. Bagi ikan yang sudah dewasa kebiasaannya perlu diberi makanan tiga hari sekali. Manakala, jika masih kecil perlu diberi makanan setiap hari.
"Dari segi tumbesaran ikan ini agak lambat dan disebabkan itu harganya agak mahal apabila semakin besar. Jadi, sebagai peminat ikan ini sememangnya satu kepuasan apabila dapat melihat ia membesar di depan mata.
"Meskipun mustahil untuk mendapat saiz seperti di habitat asal kerana dibela di dalam akuarium tetapi proses pembesarannya tetap berlaku secara sederhana," katanya.
Katanya, mengenai penjagaan ikan ini amat sensitif pada suhu yang rendah di bawah 20 darjah Celcius. Sekiranya suhu rendah akan memberi kesan kepada peredaran darah yang menjadi rendah.
"Apabila hal ini berlaku, Peacock bass tidak mahu makan makanan yang diberikan dan kemudian ikan ini akan mati. Jadi, keadaan suhu amat penting untuk dipantau.
"Namun, bagi kita di Malaysia tidak menjadi masalah kerana suhu sentiasa panas. Sekiranya musim hujan sahaja perlu memastikan ikan ini berada pada tahap suhu yang sesuai," katanya.
Katanya, meskipun Peacock bass sejenis ikan predator dan bersifat agresif tetapi ia agak takut dengan manusia dan cepat melarikan diri jika diganggu. Sifat pergerakan agresif ikan itu antara menjadi tarikan untuk menjadikannya sebagai ikan peliharaan.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|