View: 33161|Reply: 88
|
Peminat Gelar Che Puan Jeslina Hashim Sebagai “Victoria Malaysia”
[Copy link]
|
|
Perkahwinan penyanyi dan pelakon Che Puan Jeslina Hashim dan Tunku Eddy Nasruan Adil pada 11 Ogos lalu masih lagi hangat diperkatakan peminat.
Meninjau di Instagram Che Puan Jeslina turut banyak berkongsi gambar dan momen dari majlis pernikahan hingga malam persandingan. Ternyata kedua mempelai ini terlihat anggun dan mempunyai dinamik power couple.
Memetik Murai.my, melalui komen di video yang dikongsikan itu, ada peminat yang menyamakan Che Puan Jeslina dan Victoria Beckham.
Komen gelaran “Victoria Malaysia” mendapat hampir 70 likes dan itu bermakna ramai yang bersetuju Che Puan Jeslina Hashim umpama Victoria Beckham versi Malaysia. Pun begitu, apa agaknya yang membuatkan ramai yang bersetuju?
Victoria Beckham dan Che Puan Jeslina hanya berbeza empat tahun, membesar dalam era fesyen, kecantikan, dan gaya hidup yang serupa. Kedua-duanya berkongsi kesamaan dalam potongan rambut ikonik bob short hairstyle yang dikenali sejak era Spice Girls. Che Puan Jeslina juga memancarkan pesona yang sama dengan ketinggian sekitar 164 cm, menjadikan mereka genit namun tetap bergaya.
Sebagai usahawan fesyen, Che Puan Jeslina, yang kini dikenali sebagai Che Puan Jess telah mencipta jenama aksesori unik, Bhatoo. Seperti Victoria Beckham, beliau memiliki kecintaan terhadap fesyen dan kreativiti yang terserlah dalam setiap koleksi.
Meskipun tidak lagi aktif dalam dunia seni, setiap posting di Instagram beliau tetap dinantikan oleh para peminat, yang sering memuji sikap positif dan personalitinya yang ceria.
Tahniah sekali lagi kepada Che Puan Jeslina dan Tunku Eddy atas pertautan dua hati ini. “Victoria Beckham Malaysia” ini kini telah menjadi milik lelaki yang mencintainya sepenuh hati. Alhamdulillah!
|
|
|
|
|
|
|
|
dlu org gelar dia britney spears kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Lawa gak rambut victoria tak semua muka ngam rambut macam ni.ada yg kelakar kalau buat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau komen nanti ter body shaming pulak ![](static/image/smiley/default/ty.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
serious laa.....ngan kasut ke? |
|
|
|
|
|
|
|
weh cepat la spill nak tau ketinggian sebenar heshe..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
lebih kepada britney spears zaman muda, sebab muka ada iras. Tapi jes dia macam sweet2 gitu, victoria macam muka kejung susah nak senyum |
|
|
|
|
|
|
|
Langsung tak. Euw je lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggi ye che puan jeslina ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tang mana she serupa Victoria tew? ala2 barat kah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|