View: 18712|Reply: 11
|
Jangan minum Kopi Pejuang, dikesan ada ubat mati pucuk
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) mengesahkan produk Kopi Pejuang dikesan mengandungi tadalafil sejenis ubat untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk.
Menurut KKM, pihaknya melalui PKKM menegaskan produk makanan disyaki dicampur racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, sibutramine, dexamethasone dan prednisolone sentiasa dipantau setiap masa.
“Hasil tindakan penguatkuasaan terkini PKKM mendapati Kopi Pejuang dikesan mengandungi tadalafil.
“Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran.
“Ia juga menyebabkan penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung,” katanya hari ini.
Susulan itu, semua peniaga termasuk secara dalam talian yang masih mempunyai stok diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk.
Mereka juga perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.
Semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial hendaklah menghentikan penyiaran iklan makanan tersebut.
Dalam pada itu, KKM berkata, label produk tersebut juga didapati tidak mematuhi kehendak label di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu tiada nama dan alamat pengilang/ pembungkus / pengedar / empunya hak untuk mengilang atau pengimport.
“Sehubungan itu, produk tersebut tidak boleh diiklankan untuk jualan dan tidak boleh dijual seperti dinyatakan di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” ujarnya.
Mengulas lanjut, KKM berkata, sejak tahun 2021 hingga Julai 2024, sebanyak 500 sampel kopi pelbagai jenama telah dianalisa bagi parameter racun berjadual di mana tujuh sampel didapati mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
“Tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas syarikat dan produk terlibat,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Belum berjuang dah mati pucuk camno tue.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
bjuang tuk idup balik..wakakaaka |
|
|
|
|
|
|
|
Da lama da Tau. Kopi pejuang ni sama je trend dgn kopi songkok Dan kopi2 kuat yg lain. Ntah2 pengilang sama just tkr brand jer |
|
|
|
|
|
|
|
hanya d Msia je ke kopi2 jantan bagai ni laku eh?? so far tak pernah tgk negara2 lain walaupun negara nusantara ni yg rakyatnya gemar minum kopi ni |
|
|
|
|
|
|
|
sayurmayur88 replied at 26-8-2024 07:29 AM
hanya d Msia je ke kopi2 jantan bagai ni laku eh?? so far tak pernah tgk negara2 lain walaupun negar ...
Meols jual kopi songkok ke UAE.
Last year meols pergi ke KL hantar pada Encik Saed di Bukit Bintang sebelum beliyau balik ke UAE. |
|
|
|
|
|
|
|
me olls haritu beli makanan combo sekali dapat air kopi...minumlah, petang tu terus xboleh drive rasa kepala berat sgt, esoknya terus mc....xtaola kopi pracampuran apa dia bg |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 24-8-2024 06:27 AM
Da lama da Tau. Kopi pejuang ni sama je trend dgn kopi songkok Dan kopi2 kuat yg lain. Ntah2 pengila ...
Pernah try ka? Kasi review sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
saka apanama tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
| |
|