CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8116|Reply: 0

[Kedah] 11 pemandu, kelindan lori positif dadah ditahan dalam operasi khas JPJ

[Copy link]
Post time 29-8-2024 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 29-8-2024 10:24 AM

11 pemandu, kelindan lori positif dadah ditahan dalam operasi khas JPJ

29 Ogos 2024 10:08am




Stiem Van Lutam (tengah) memeriksa dokumen perjalanan dalam Ops Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Jitra, arah Selatan, malam tadi. Foto Bernama




JITRA - Sebanyak sembilan pemandu dan dua kelindan lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jitra di sini antara 1 Ogos hingga semalam.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, kesemua yang ditahan ialah warga tempatan berumur 20 hingga 50-an selepas ujian air kencing dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terhadap mereka dalam operasi terbabit.



"Masih ada pemandu menggunaakan dadah terutama methamphetamine semasa pemanduan, hal ini membimbangkan kita, memandu dalam keadaan khayal boleh menyebabkan kemalangan.

]
Stiem Van Lutam (kiri) memeriksa tayar lori sebuah treler dalam Ops Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Jitra, arah Selatan, malam tadi. Foto Bernama




"Kesannya juga boleh mendatangkan bahaya kepada kenderaan-kenderaan kecil lain. Alasan yang diberi ialah mahu bertahan lama semasa pemanduan jauh, AADK menahan mereka dan JPJ menggantung lesen memandu mereka,” katanya kepada pemberita semasa menyertai operasi itu di sini malam tadi.


Beliau berkata, kesemua yang ditahan akan diambil tindakan lanjut di bawah Sekyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Dalam pada itu, Stien berkata, sepanjang operasi berkenaan, sebanyak 32,526 kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu 1,388 diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

]
Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memeriksa dokumen perjalanan pemandu treler dalam Ops Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Jitra, arah Selatan, malam tadi. Foto Bernama







Beliau berkata, sebanyak 3,777 notis dikeluarkan atas kegagalan mematuhi pelbagai peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya termasuk 19 kenderaan disita kerana tiada lesen kenderaan dan tiada perlindungan insurans.

"Selain itu, sebanyak 603 saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam yang lesen kenderaan mereka tamat rempoh, tiada insurans serta pelbagai kesalahan lain,” katanya.

JPJ katanya, memandang serius kesalahan yang dilakukan terutama membabitkan kenderaan pelancongan dan perkhidmatan awam dan akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan pembudayaan keselamatan jalan raya yang lebih selamat kepada pengguna jalan raya. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/682842/berita/semasa/11-pemandu-kelindan-lori-positif-dadah-ditahan-dalam-operasi-khas-jpj


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.100998 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list