CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10133|Reply: 11

[Tempatan] Lelaki rasa nak mati tak boleh nafas lepas cuci tandas guna pencuci lantai dicampur peluntur

[Copy link]
Post time 6-3-2025 01:26 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan pengalaman hitam apabila sukar bernafas sehingga terpaksa dimasukkan ke bilik kecemasan akibat keracunan gas selepas mencuci bilik air menggunakan peluntur yang dicampur pencuci lantai.

Kisah itu diceritakan pengguna Facebook, Smith Ryder berhubung insiden menimpanya sehingga terpaksa menerima rawatan di klinik.

“Aku nak cuci tandas bawah, tempat isteri mandi, aku dah janji dengan dia yang aku nak bersihkan beberapa hari lepas.

“Semangat dah ada, bahan-bahan dah siap, pencuci lantai, peluntur, berus semua dah siap. Aku siap bergurau lagi dengan isteri sebelum nak cuci lantai.

“Tapi disebabkan bodoh dan tak terfikir yang peluntur campur pencuci lantai (menghasilkan) bau kimia yang teramat pedih hingga menyebabkan kesukaran bernafas,” katanya menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini.

Lelaki itu berkata, biarpun pedih dan sukar bernafas, dia tetap menyiapkan kerja-kerja mencuci dan membersihkan bilik air serta tandas tersebut.

“Dalam masa sama aku terbatuk, terbelahak, kahak, hingus berair mata semua keluar. Selesai cuci aku ‘start’ (hidupkan enjin) kereta terus ke klinik.

“Sampai sana (klinik) bila aku cakap aku terhidu bahan beracun, terus dia (kakitangan klinik) heret aku masuk bilik kecemasan untuk diperiksa tahap oksigen, paru-paru, darah tinggi semua,” katanya.

Pemuda itu bersyukur apabila masih di peringkat awal keracunan bau kimia yang kuat dan doktor menyarankan sekiranya sukar bernafas, dia perlu bergegas ke hospital.

“Aku ingat bila campur lagi cepatlah boleh bersihkan lantai, rupanya kalau buat begitu, lagi cepat ‘pindah alam’,” katanya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2025 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
setakat nak cuci bilik mandi/toilet, xperlu pakai clorox
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 02:56 PM | Show all posts
Nama fb tak kalah. Kisah cuci jamban ja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-3-2025 02:56 PM
Nama fb tak kalah. Kisah cuci jamban ja.

Ahahha.
Sorry tergelak baca komen ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Tom Riderss yang cute tu tak apalah jugak kan, ni, hmmm...

  
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pergi pandai2 campur buat apa. Ko ahli kimia ke? Lagi satu kalau cuci toilet tu bukak la tingkap & pintu pastu hidupkan kipas terdekat. Pakai mask & glove jugak

Kalau takut bahan2 meruap ni, pakai baking soda je la sentap bilik air
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2025 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa mata kena tutup?
Ada buat jenayah ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Merepek aje pi campur clorox/bahan peluntur dgn pencuci lain. Mmg mengundang la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2025 05:20 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-3-2025 02:56 PM
Nama fb tak kalah. Kisah cuci jamban ja.

ya betul
xkena langsung buh nama dengan rupa
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cloroc lain lain brand kalau campur pun boleh meletup
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
uish...mmg la...cth...cif dgn clorox...tmpt tkdal pengudaraan yg baik.
Boleh rosak paru2..sesak nfs..tk kuat..boleh mati.

Teringt ada satu drama siri cina malaysia kot.

Dia cuci tndas dlm bilik rmh org tua2..p campoq 2 bhn ni la...tinggai sat.

Pastu..org tua dlm bilik tu sesak nfs n meninggai
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2025 07:42 PM | Show all posts
Chrolamines la ni
Ammonia + Chlorine
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.294528 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list