CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3000|Reply: 0

[Sabah] JIM tahan 104 PTI di Keningau

[Copy link]
Post time 29-8-2024 01:25 PM | Show all posts |Read mode


SIDANG MEDIA: SH Sitti Saleh semasa sidang media selepas operasi terbabit.

KOTA KINABALU: Tindakan pendatang tanpa izin (PTI) menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berkongsi maklumat serbuan memberi cabaran kepada pasukan operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, keadaan itu bagaimanapun tidak menjejaskan operasi apabila 104 PTI berjaya ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Keningau, awal pagi Rabu.

Katanya, maklumat yang dikongsikan dalam kalangan warga asing itu memberi peluang kepada mereka untuk lari atau bersembunyi.

“Keadaan bentuk muka bumi kawasan operasi yang berbukit, berlumpur dan kawasan yang sangat luas turut menyukarkan aktiviti operasi.

“Warga asing lebih peka terhadap pergerakan pegawai operasi di mana mereka menggunakan media sosial seperti aplikasi whatsapp untuk menyebarkan maklumat semasa keberadaan pegawai operasi,” katanya dalam kenyataan media di sini.

SH Sitti Saleha berkata, dalam operasi selama empat jam bermula jam 12 tengah malam itu pada mulanya memeriksa 159 individu.

Katanya, hasil pemeriksaan terbabit, seramai 87 warga Indonesia dan 17 warga Filipina ditahan disebabkan kesalahan tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

“Tahanan membabitkan 33 lelaki, 37 wanita dan 34 kanak-kanak serta bayi berusia lingkungan lima bulan hingga 83 tahun.

“Semua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Papar, Sabah untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya.

Sehubungan itu, SH Sitti Saleha berkata, pihaknya akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan dari semasa ke semasa.

Katanya, operasi dijalankan berlandaskan kepada peruntukan undang-undang negara mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“JIM mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi PTI atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai informasi bagi membantu JIM melaksanakan penguatkuasaan juga diminta tampil menyalurkan maklumat,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.411289 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list