CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13991|Reply: 0

[Sarawak] Tinggal lebih tempoh, warga asing dipenjara dan diusir

[Copy link]
Post time 29-8-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana kesalahan tinggal di negeri ini melebihi tempoh sah dibenarkan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh supaya dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran setelah selesai menjalani hukuman penjara kelak.

Ria Soparia dari Kampung Maklebar, Sambas, Indonesia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10, 000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh telah ditahan sekitar jam 6.45 petang, 22 Ogos lalu di belakang sebuah lot di Pusat Komersial Pelita di sini untuk tujuan pemeriksaan kerana dipercayai warga asing.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati tertuduh merupakan warga negara Indonesia dan masih tinggal di negeri ini setelah pas lawatan sosial yang dikeluarkan kepadanya tamat tempoh sah.

Berikutan itu, tertuduh telah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Mahkamah kemudian memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 22 Ogos lalu.

Pendakwa dilakukan ASP Koay Kok Ping di hadapan Hakim Azreena Aziz.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045944 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list