Edited by Vellfire at 29-8-2024 05:52 PM
Kim Shin bersama-sama pegawai MOTS melawat melawat Pioneer Coach Builder di Klang untuk memeriksa ketersediaan bas baharu untuk perkhidmatan bas pintar bandar raya Miri.
KLANG: Kesemua 14 bas baharu untuk perkhidmatan bas pintar bandar raya Miri bersedia untuk dihantar pada 3 dan 4 September selepas pemeriksaan akhir, hari ini.
Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS), menterinya Datuk Sri Lee Kim Shin, bersama-sama pegawai kementerian berkenaan melawat Pioneer Coach Builder di Klang untuk menilai bas tersebut.
Menurutnya, hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa Kim Shin dan rombongannya berpuas hati dengan reka bentuk dan kemasan keseluruhan bas.
Katanya, ujian dan demonstrasi peranti mekanikal dilakukan, tetapi pemasangan aplikasi, wifi dan peranti isyarat trafik akan dilakukan selepas ketibaan di Miri.
Malah, kamera litar tertutup (CCTV) turut dipasang di bas-bas tersebut.
“Sekiranya tiada sebarang masalah, bas-bas baharu ini dijangka memulakan operasi pada Oktober 2024. Bas-bas ini menggantikan 14 bas lama yang sudah berusia lebih 25 tahun.
“Perkhidmatan bas pintar ini menawarkan perjalanan percuma, seperti yang diumumkan oleh Premier Sarawak pada Februari tahun ini di Miri,” menurut kenyataan MOTS itu lagi.
Pada masa yang sama, Kim Shin juga dijemput oleh pemilik Syarikat Bas Ekspres Kapit untuk melihat bas ekspres baharu mereka, yang juga dibina oleh Pioneer Coach Builder.
Syarikat Bas Ekspres Kapit membeli empat bas baharu untuk laluan bas ekspres mereka dan bas-bas tersebut juga bersedia untuk dihantar.
|