CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8662|Reply: 0

[Sabah] Perkasa jalinan komunikasi melalui bahasa antarabangsa di perairan Sabah, Sarawak

[Copy link]
Post time 1-9-2024 01:49 PM | Show all posts |Read mode


BERJAYA: Maritim Malaysia merakamkan gambar kenangan bersama Cherry sebaik menamatkan kursus kemahiran komunikasi Bahasa Mandarin.

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengambil inisiatif mempelajari bahasa utama di rantau ini bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi pegawai serta anggota semasa menjalankan operasi di perairan Sabah dan Sarawak.

Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim Laksamana Pertama Ahmad Faridi Ferdaus berkata, sepanjang menjalankan tugas di periaran, Maritim Malaysia sering berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuklah kesukaran berkomunikasi dengan komuniti maritim dalam pelbagai bahasa.

“Perairan Borneo kaya dengan komuniti yang menggunakan banyak bahasa selain bahasa yang sering kita gunakan, antaranya Bahasa Mandarin.

“Disebabkan cabaran ini, kita mengambil inisiatif menjalani kursus kemahiran komunikasi Bahasa Mandarin yang julung kali dilaksanakan di Ibu Pejabat AKMAL di sini,” katanya.

Menurutnya, kursus bermula selama lima hari sejak 19 Ogos dan dikendalikan oleh Komander Maritim Hasbullah dengan disertai seramai 15 pegawai yang bertugas dalam bidang komunikasi radio dari Sabah dan Sarawak.

“Dengan menggunakan tenaga pakar latihan dan pendidikan dari China, Dr. Cherry Wei berjaya mencapai objektif kursus berikutan beliau mempunyai pengalaman yang luas serta ilmu komunikasi yang baik.

“Menurut Cherry, usaha ini haruslah diteruskan kerana dapat menjadi jambatan perhubungan antarabangsa sama ada di laut mahupun di darat, tambahan pula Sabah dan Sarawak adalah destinasi pelancongan yang semakin dikunjungi oleh masyarakat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, Maritim Malaysia akan memberi keutamaan terhadap kemahiran komunikasi bagi meningkatkan lagi pengoperasian di lapangan.

Penutupan kursus disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Sabah, Kepten Maritim Boon Chin Chau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039727 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list