CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13163|Reply: 0

[Sarawak] Penguatkuasaan keselamatan di sungai perlu diberi perhatian

[Copy link]
Post time 1-9-2024 03:10 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah menyantuni waris pelajar mangsa tragedi bot karam pada majlis yang diadakan di Dewan Aseng, Kampung Bitokan, Lundu hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Penguatkuasaan keselamatan di sungai perlu diberi perhatian bagi memantau pergerakan kanak-kanak khasnya pelajar yang menggunakan pengangkutan sungai untuk hadir ke sekolah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penguatkuasaan itu penting sama seperti membantu kanak-kanak melintas jalan raya.

"Di kawasan sungai turut memerlukan penguatkuasaan seperti itu di mana akan ada seseorang yang memastikan langkah keselamatan dikuat kuasa, selain mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.

"Perahu yang membawa pelajar itu juga perlu mempunyai jaket keselamatan... sekiranya penguatkuasaan keselamatan ini tidak dilaksanakan, ia akan menjadi masalah," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyerahkan sumbangan kepada waris mangsa lemas melibatkan pelajar sekolah di Lundu, hari ini.

Terdahulu, Fatimah hadir di Dewan Aseng, Kampung Bitokan, Lundu bagi menyerahkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) dan Petronas kepada waris tiga mangsa yang terlibat dalam insiden bot karam di Batang Kayan, baru-baru ini.

Menurutnya, pelbagai bantuan telah disediakan kepada waris seperti bekalan makanan asas, kit 'refreshment,' kit Petronas, kain batik dan pelikat serta wang ringgit, selain bantuan psikologi.

"Dalam kejadian seperti ini, kita bukan sahaja melihat kepada keperluan asas, malah kita juga melihat keperluan psikologi.

"Kami mempunyai dua pegawai psikologi yang ada di ibu pejabat untuk memberi khidmat kaunseling kepada waris mangsa," ujarnya.

Terdahulu, tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong terkorban dalam tragedi bot karam di Batang Kayan pada 20 Ogos lalu.

Mereka ialah Vilkie Wilson, 15, Heleana Fasha Petrus, 16, dan Alasma Jitwil, 14.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang dan tetamu yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.044553 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list