CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48068|Reply: 0

[Sarawak] Bayi perempuan antara empat cedera dalam kemalangan kereta dan 4WD

[Copy link]
Post time 1-9-2024 05:46 PM | Show all posts |Read mode




Keadaan kereta yang dinaiki mangsa yang terbalik akibat kemalangan dengan sebuah 4WD.

MIRI: Bayi perempuan berusia enam bulan antara empat yang cedera akibat daripada kemalangan melibatkan kereta yang dinaiki mereka dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Bintang di sini, pagi Jumaat.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 11.39 pagi lalu mengarahkan empat anggota diketuai Koperal (PA) Mariani Eddy bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, skuad terus memeriksa keadaan dan memberi rawatan awal kepada empat mangsa yang mengalami kecederaan di lokasi kejadian.

“Mangsa pertama seorang wanita warga emas berusia 63 tahun mengalami luka terkoyak di paha kiri dan mengalami sakit dada,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, mangsa kedua pula melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun yang disyaki terseliuh pergelangan kaki sebelah kanan.

“Sementara itu, mangsa ketiga ialah kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mengalami lebam pipi muka sebelah kanan.

“Manakala mangsa keempat ialah bayi perempuan berusia enam bulan mengalami kecederaan benjol di kiri kepalanya,” ujarnya.

APM memberitahu, kesemua mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.147248 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list