View: 75539|Reply: 4
|
[Dunia]
Pewaris empayar Jepun berusia 18 tahun
[Copy link]
|
|
Putera Hisahito
TOKYO- Pewaris muda empayar Jepun, Putera Hisahito menyambut ulang tahun ke-18, Jumaat lalu.
Beliau merupakan harapan terakhir bagi memastikan kelangsungan keluarga empayar Jepun melainkan kerajaan bersetuju untuk menukar undang-undang membenarkan wanita menaiki tahta.
Meskipun, majlis rasmi sambutan ulang tahun beliau telah dianjakkan ke tahun 2025 bagi membolehkan anak muda itu menghabiskan persekolahannya, namun Imperial Household Agency tetap menerbitkan video Putera Hisahito sedang berjalan-jalan di dalam hutan.
Katanya, Putera Hisahito sangat meminati sejarah semulajadi.
“Saya harap boleh belajar dengan lebih mendalam menerusi pengalaman,” katanya.
Hisahito merupakan putera tunggal Putera Mahkota Akishino,58, dan Puteri Mahkota Kiko,57.
Beliau merupakan pewaris kedua empayar Jepun yang diterajui bapa saudaranya, Maharaja Naruhito, 64.
Naruhito mempunyai seorang puteri, Aiko, 22, bagaimanapun beliau tidak boleh mewarisi tahta daripada ayahandanya berikutan Undang-Undang Diraja Jepun sejak 1947 yang tidak membenarkan wanita menaiki tahta.- AFP |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-9-2024 10:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Kesian maharani masako, depression sbb x dpt lahirkan pewaris takhta..sedangkan dia wanita terpelajar and career woman |
|
|
|
|
|
|
|
cam tak sedar dah besar putera jepun nih...
|
|
|
|
|
|
|
|
ai kadang2 terfikirlahkan... kalau Jepun boleh terima perempuan sbg pewaris takhta bunga teh, putera nih takkan dilahirkan. makpak dia masa tu pun dah nak masuk usia senja
jgnkan auntie masako, nenek dia pun pernah sakit mental - berbulan2 tak dpt bercakap sbb mak mertua yg kuin control dan pandang darjat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|