CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 52477|Reply: 24

[Tempatan] Macam babak filem aksi: Kereta terjunam dari parkir Terminal 1

[Copy link]
Post time 8-9-2024 05:44 PM | Show all posts |Read mode
KES

Macam babak filem aksi: Kereta terjunam dari parkir Terminal 1

September 8, 2024 @ 4:40pm

Oleh Ahmad Hasbi
[email protected]



Sebuah kereta terjatuh dari tingkat satu ruang parkir Terminal 1 dan menghempap kereta lain, tengah hari tadi. - NSTP/ AHMAD HASBI


Seremban: Ibarat babak dalam filem aksi - Itu gambaran kejadian sebuah kereta jenis Honda City terjunam dari ruang parkir di tingkat satu Terminal 1, dekat sini, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari dengan seorang lelaki dikatakan berada di dalam kenderaan terbabit.


Saksi kejadian yang enggan namanya dikenali berkata, dia kebetulan berada di lokasi terdengar bunyi dentuman kuat lalu menoleh dan mendapati sebuah kereta terbalik di atas jalan.

ADVERTISING

"Beberapa orang awam mendekati kereta berkenaan dan terdapat seorang lelaki berusia lingkungan 20-an di tempat duduk pemandu.


"Tidak tahu kecederaannya, cuma nampak kepalanya berdarah. Sebuah lagi kereta turut terbabit, tetapi tiada pemandu di dalamnya kerana hanya diparkir di kawasan itu," katanya ketika ditemui.

Saksi sama berkata pagar penghadang turut dilihat di lokasi dipercayai terjatuh dari tingkat satu dipercayai selepas dirempuh kereta jenis Honda City itu.

"Pemandu Honda City dibawa ke hospital oleh orang awam menggunakan kereta. Nampak dia masih lagi boleh berjalan ketika dibawa ke kereta untuk ke hospital.

"Satu lagi kereta iaitu jenis Proton Saga pula hanya mengalami kerosakan pada bahagian hadapan. Itu yang dilihat dari luaran sahaja," katanya


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan kejadian itu dan sudah menerima laporan.


https://www.bharian.com.my/berit ... i-parkir-terminal-1

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2024 05:44 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 8-9-2024 05:58 PM

  


  

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Heart attack kah
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Terjunam tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertekan minyak kah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita radio tadi kata pemandu remaja, tertekan pedal minyak.

Bukan pertama kali jadi kan kat tempat ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat parking tempat kerja aiol muda2 dulu penah jadi jugak..cuma idok le somersault keta waja budak tue..landing cantik je atas lanskap kat tingkat bawah..budak tu nampak mcm takde lah cedera cuma muka pucat giler..nebes + malu sama....

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu pics lama.
Sekarang archipek memang dah tak design parapet guna steel railing.
Guna concrete parapet wall pun boleh tumbang, apa lagi kalau besi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
seram nyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nsib baik ler xde org kt bwh
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 8-9-2024 10:03 PM
Tu pics lama.
Sekarang archipek memang dah tak design parapet guna steel railing.
Guna concrete para ...

Acik pek tak faham?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 8-9-2024 10:55 PM
Acik pek tak faham?

Arkitek ler.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 8-9-2024 11:33 PM
Arkitek ler.

Acik tak faham part railing dgn dinding batu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 8-9-2024 11:35 PM
Acik tak faham part railing dgn dinding batu tu.

Sekarang ni, utk parkir kenderaan bertingkat tidak lagi menggunakan penghadang besi seperti dalam gambar tadi. Bahaya.
Sebenarnya dari dulu pun tak penah ada yg berani design guna penghadang besi, tapi tah kenapa terminal ni ada pulak penghadang besi utk parkir bertingkat camtu.

Lazimnya pakai dinding penghadang dari konkrit. Kita panggei dia parameter parapet wall. Lebih kukuh.
Jika ada kereta secara tak sengaja hentam dinding konkrit pun, risiko utk menjunam ke bawah tu adalah kecil ( bergantung kepada kelajuan juga).... namun ada juga kes kereta hentam penghadang konkrit sampai patah dan jatuh sampai bawah.

Setidak²nya risiko dapat dikurangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 8-9-2024 11:47 PM
Sekarang ni, utk parkir kenderaan bertingkat tidak lagi menggunakan penghadang besi seperti dalam  ...

Owh begitu, terima kasih explain.

Tiba2 takut nak parking kat parkir bertingkat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 8-9-2024 11:47 PM
Sekarang ni, utk parkir kenderaan bertingkat tidak lagi menggunakan penghadang besi seperti dalam  ...

tu la tgk besi penghadang pon.. alahai
mcm besi gril tepi umah je punnn
bahaya la kalo besi secoit mcm tu kat parking bertingkat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
tahanie replied at 8-9-2024 08:43 PM
Berita radio tadi kata pemandu remaja, tertekan pedal minyak.

Bukan pertama kali jadi kan kat temp ...

Ya kan? Macam banyak kali dah dengar kereta menjunam kat Terminal 1 ni... Seram pulak. Macam ada sesuatu jer ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
moga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 08:01 AM | Show all posts
Huishh seramnya, mujur tak kena org awam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.134697 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list