CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11694|Reply: 15

[Dunia] Kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.

[Copy link]
Post time 9-9-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Nama 'tentera bawang' mungkin lucu, namun hasilnya, Malaysia menduduki tangga kelima dunia dalam kategori buli siber.



Dapatan itu adalah hasil daripada kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.

Bagi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pula merekodkan Malaysia menduduki tangga kedua di Asia bagi kadar buli siber, sekali gus menunjukkan masalah yang semakin serius.

November lalu, kerajaan dalam usaha mengkaji kewajaran mewujudkan Akta Anti Buli Siber dalam menangani gejala yang dilihat semakin membarah.

Terbaharu, pelumba Jepun, Shinji Nakano menerima tempias 'tentera bawang' negara ini apabila terbabit dalam satu insiden perlanggaran dengan pelumba daripada Malaysia, Shah Firdaus Sahrom ketika temasya Olimpik di Paris, baru-baru ini.

Akibat insiden itu, ribuan 'tentera bawang' yang terdiri daripada pengguna media sosial negara ini membanjiri ruangan komen atlet Jepun itu.

Berdasarkan pemerhatian, lebih 30,000 komen membanjiri platform Instagram milik Nakano dan rata-ratanya adalah pengguna media sosial negara ini yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada atlet itu.

Perkara sama berlaku kepada pelumba berbasikal trek Britain, Jack Carlin di Olimpik Tokyo 2020 apabila dikatakan turut menghimpit Shah Firdaus sehingga menyaksikan perlumbaan saringan kedua acara keirin terpaksa dimulakan semula.

Insiden sama turut berlaku beberapa tahun sebelum ini apabila atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dinafikan pingat emas selepas atlet para lontar peluru Ukraine, Maksym Koval mengemukakan protes.

Akibatnya, 'tentera bawang' negara ini menyerang laman sosial Koval sehingga memaksanya menutup akaun sedia ada dan membuka akaun media sosial baharu susulan insiden itu.

Berdasarkan satu laporan berita, Koval mendakwa akaun media sosial miliknya digodam rakyat Malaysia selepas 'menyerangnya' dengan menghantar banyak komen spam pada hantaran di akaunnya.

https://www.hmetro.com.my/amp/utama/2024/09...uat-malu-negara

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 02:36 PM | Show all posts
awat china no.1 kat peringkat asia tapi xde kat list dunia?

so patutnya malaysia no.1 peringkat asia lah kan??
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 9-9-2024 02:43 PM

asal korea selatan takde pun dlm list? pdhal ni la rakyat antara kuat pembuli artis2 depa smpai byk bunuh diri sbbkan kes cyber bully ni... xbrp nk caya aku ngan list ni..bersifat bias...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Confirmit tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah pelik korea tak top listed plak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 03:45 PM | Show all posts
tentera bawang kepam tersenyum bangga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 9-9-2024 04:01 PM

acik acik porum tersenyom ala lee kwang soo.


(nota kaki : apepon say tidak to bully huhu)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 04:21 PM | Show all posts
ekselen replied at 9-9-2024 02:42 PM
asal korea selatan takde pun dlm list? pdhal ni la rakyat antara kuat pembuli artis2 depa smpai byk  ...

iols sokong pendapat ni..mana korea selatan..tgk artis depa pun dah cukup kene buli sampai bunuh diri..tiber soci morni takde dalam list..apoo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
PejuangBerani replied at 9-9-2024 04:21 PM
iols sokong pendapat ni..mana korea selatan..tgk artis depa pun dah cukup kene buli sampai bunuh d ...


kannn...iols syak yg buat list ni rakyat sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Korea kurang berbahasa om puteh. Sb tu tidak menonjol di luar selain dalam negara tu ja. Yg malaysia ni, asal ada isu, kompom2 kluar bi..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm acik2 porum kat bodgos
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia suka main internet siang malam xde life pergi bersukan pegang2 kucing pegang2 pokok main skateboard main main luncur ombak hujung2 badan gemuk berpenyakit dan mental depression
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan SG kecik2 pon kuat membuli
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik forum antara penyumbang kpd statistic ni
Tp mmg boleh diragui list ni sbb ummah konoha pg teruk.. cuma maybe diorg tak reti speaking sbb tu alih2 Malaysia je jd sasaran diorg
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 06:03 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 9-9-2024 02:42 PM
asal korea selatan takde pun dlm list? pdhal ni la rakyat antara kuat pembuli artis2 depa smpai byk  ...

Ni mesti pasal malaysia cyber buli kutuk israhelll teruk kan. Apa2 yg x sebulu dgn depa ni mmg terus di cop terrorist sedangkan depa yg juara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054340 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list