View: 8664|Reply: 7
|
Sijil halal: Kenyataan Teresa Kok bersifat peribadi - PM
[Copy link]
|
|
SEREMBAN: Kenyataaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyatakan cadangan mewajibkan sijil halal akan menambah beban peniaga dan memalukan negara bersifat peribadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenyataan terbabit tentunya menimbulkan kontroversi yang tidak sepatutnya.
“Dia mewakili pandangan individu walaupun ada cadangan ada “concern” bawa dalaman mesyuarat PH dan Kabinet akan teliti tidak payah buat begini.”
Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Arah Selatan) d sini, hari ini.
“Ini menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dan pada masyarakat kita. Ada masalah peraturan itu perlu supaya umat Islam tidak rasa was-was. “
“Tapi kalau dia rasakan peraturan itu tidak diperlukan di kawasan tertentu. Bincang secara elok.
“Kalau dia nak wakili beberapa pihak tidak mengapa tapi tidak perlu kerana ia tidak membantu untuk menjernihkan keadaan. Kita kena jaga sentimen orang Islam dan bukan Islam.”
Tambahnya isu berkenaan perlu dirundingkan secara baik serta tidak perlu menunjukkan kehebatan masing-masing.
“Negara kita sudah dalam keadaan baik sekarang, politik sudah stabil penghargaan dunia baik, ekonomi naik perlu apa perkara-perkara ini nak merosakkan.”
Sumber – Buletin TV3 |
|
|
|
|
|
|
|
'Saya sokong pensijilan halal tapi bawa suara rakyat berbilang kaum'
Diterbitkan: Sep 8, 2024 7:12 PM
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menafikan tanggapan yang mengatakan dia tidak menghormati Islam atau mempersoalkan keperluan untuk pensijilan halal.
Sebaliknya, dia berkata dia menyokong usaha kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mempromosikan pensijilan halal bagi industri makanan dan minuman.
“Sebenarnya standard yang diguna pakai oleh Jakim dalam pensijilan halal adalah di antara yang paling tinggi di dunia.
"Saya mempromosi pensijilan halal Malaysia sejak tahun 2008 ketika saya pegang Exco Perdagangan, Industri dan Pelaburan di Selangor sehingga hari ini.
"Dalam banyak pertemuan dengan rombongan bisnes dan agensi kerajaan asing, salah satu agenda yang saya bangkitkan adalah meminta mereka mendapatkan pensijilan halal dari Malaysia sekiranya mereka ingin mengeksport apa-apa makanan ke Malaysia ataupun negara-negara Islam yang lain," katanya dalam satu kenyataan.
Ahli parlimen DAP itu menjawab kritikan terhadap gesaannya agar kerajaan mengkaji semula cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.
Kok sebelum ini berhujah bahawa langkah itu akan membebankan perniagaan dan boleh memalukan Malaysia .
Menjelaskan ucapannya, Kok berkata sebagai ahli parlimen dia bertanggungjawab menyuarakan masalah yang dihadapi rakyat berbilang kaum.
"Itu sebabnya saya minta kerajaan mengkaji semula cadangan ini.
"Kenyataan saya tidak sama sekali bermaksud saya mempersoalkan pensijilan halal, peranan Jakim atau tidak menghormati agama Islam," katanya.
Mengulas teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar dia menyuarakan pendapatnya di mesyuarat, Kok berkata dia tidak berpeluang berbuat demikian kerana menteri agama Mohd Na’im Mokhtar membangkitkan cadangan itu dalam forum terbuka tanpa libat urus terlebih dahulu.
Kritikan Kok terhadap cadangan mewajinkan pensijilan halal telah menimbulkan kecaman termasuk Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh.
Polis juga membuka siasatan 3R (kaum, agama, raja) terhadap Kok.
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata dia akan memberi kerjasama penuh kepada polis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Akmal: Saya minta kerajaan sediakan logo non-halal, tampal pada dahi Teresa
Diterbitkan: Sep 8, 2024 1:46 PM
Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menyelar Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok kerana mempersoal cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol mendapatkan pensijilan halal.
Menyifatkan ahli parlimen Seputeh itu sebagai 'nyonya tua', Akmal berkata Teresa tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.
“Pertama saya nak bagi tahu pada nyonya tua ini, sijil halal ini bukan sahaja arak dan babi, tapi sijil ini merangkumi bagaimana dia (peniaga) nak sediakan (makanan), bagaimana sumber (perniagaan) tu dapat.
“Jadi ini adalah aturan yang telah ditetapkan dan saya nak bagi tahu juga nyonya tua ini bahawa sijil halal ini dulu berbulan-bulan nak dapat. Hari ni kita dah dapat pendekkan kepada 23 hari saja dah boleh dapat sijil halal.
“Jadi apa masalah kamu dengan sijil halal ini?,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di TikTok.
Kelmarin, Teresa berkata cadangan itu berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.
Ini susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na'im Mokhtar, Khamis lalu yang memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mengkaji cadangan itu.
Teresa berkata, langkah itu juga bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.
Menurut ahli parlimen dari DAP itu, pensijilan halal sepatutnya bersifat sukarela dan membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran.
Pandangan Teresa bagaimanapun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin Bersatu dan Amanah yang meminta dia menarik balik kenyataan itu.
Mengulas lanjut, Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka turut menyangkal dakwaan Teresa bahawa langkah mewajibkan pensijilan halal sebagai memalukan negara.
Sebaliknya, dakwa Akmal, Teresa yang sebenarnya telah memalukan negara ini dengan tidak berhenti mengganggu-gugat keharmonian.
“Kalau kamu tak suka, dia tak melibatkan kamu pun dan yang sebenarnya yang memalukan negara ini adalah ada ahli parlimen seperti kamu wahai nyonya tua yang tak habis-habis mengganggu gugat keharmonian negara.
“Kalau kamu tak tahu tentang agama kami, jangan cakap. Kamu diam lebih elok dan saya minta juga kepada kerajaan sediakan satu logo non (tak) halal, tampal dekat dahi nyonya tua ini,” tambahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teresa hanya lontarkan kebimbangan orang bukan Islam - Loke
Diterbitkan: Sep 8, 2024 3:21 PM
DAP menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengenai isu pensijilan halal hanya mewakili kebimbangan masyarakat bukan Islam di negara ini.
Pengerusi DAP, Anthony Loke berkata pandangan diberikan itu juga adalah maklum balas daripada pemilik restoran bukan Islam yang bimbang perniagaan mereka akan diwajibkan mendapatkan sijil halal.
"Sebagai ahli Parlimen, beliau memang sudah ada tanggungjawab untuk menyatakan pandangan yang mungkin diperolehi daripada pengundi-pengundinya.
"Itu sebabnya beliau menyatakan kebimbangan sedemikian. Apa yang dilontarkan itu satu kebimbangan daripada masyarakat, khususnya masyarakat bukan Islam," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Dia berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Perak kali ke-20 di Pusat Konvensyen Ipoh pada Ahad.
Mengulas lanjut, Anthony berkata, cadangan mewajibkan pensijilan halal itu masih belum dipertimbangkan jemaah menteri.
Perkara itu katanya juga pasti melibatkan pindaan kepada beberapa undang-undang apabila ia diputuskan.
"Biasalah dalam negara kita ini, banyak isu-isu dipolemikkan. Ini mungkin daripada pemimpin-pemimpin yang bukan duduk dalam kerajaan.
"Sedangkan kita yang berada dalam kerajaan sudah tentu nak bincang dan selesaikan dalam peringkat kerajaan melalui Jemaah Menteri," katanya.
Kelmarin, Teresa berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.
Ini susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na'im Mokhtar, Khamis lalu yang memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mengkaji cadangan itu.
Teresa berkata, langkah itu juga bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.
"Pengenalan pensijilan halal secara wajib akan menambah kos pentadbiran. Pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela, membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, dan bukannya dilaksanakan secara paksa yang akan menambah kesukaran operasi perniagaan," katanya.
Pandangan Teresa bagaimanapun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin Bersatu dan Amanah yang meminta dia menarik balik kenyataan itu.
Terbaru Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kenyataan Teresa itu tidak mewakili pendirian PH.
|
|
|
|
|
|
|
|
Looks like Pm and Kok clash, Pm nak expand halal industry, but Kok herself nak jaga rice bowl sesama kaum kalau kena wajib sijil halal tak dapat ler monopoly. |
|
|
|
|
|
|
|
cina takut sijil halal sbb dari hulu ke hiliran semua sumber meragukan... |
|
|
|
|
|
|
|
semua ni salah orng isle yg pi makan kt kedai cino..yg xde sijil halal.Depa..asl ko masuk...depa 'menjual' la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|