CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50043|Reply: 4

[Tempatan] Galakkan bukan wajibkan sijil halal kepada restoran - Supol PM

[Copy link]
Post time 9-9-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 10-9-2024 09:38 AM

Diterbitkan:  Sep 9, 2024 3:29 PM




Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin berpandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak perlu mewajibkan sijil halal kepada semua restoran yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol.

Walaupun mengalu-alukan cadangan itu, Azman berkata permohonan sijil halal adalah proses yang sukar.

"Saya mengalu-alukan cadangan menteri (Mohd Na’im Mokhtar). Tetapi, ia tidak perlu diwajibkan.

"Bukan senang nak mohon sijil halal. Ia melibatkan yuran yang agak tinggi serta syarat yang sangat ketat.


"Ini yang menyebabkan ramai pengusaha restoran dan syarikat makanan termasuk milik orang Melayu tidak minat untuk mendapatkan sijil halal walaupun mereka masih menjual makanan halal," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya lagi, Jakim perlu mengkaji dengan lebih dalam sebelum mempertimbangkannya.



Isu ini diperkatakan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jakim sedang mempertimbangkan cadangan itu.

Namun ia dibantah Ali Parlimen Seputeh Teresa Kok yang menyifatkan ia  berisiko menambah beban kepada perniagaan termasuk melibatkan ribuan pengusaha restoran Melayu.


Bantahan itu kemudian mengundang kritikan beberapa pihak, antaranya Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh dan Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil.

Teresa kemudian menjelaskan gesaannya agar ia dikaji terlebih dahulu tidak bermaksud dia tidak menghormati Islam atau mempersoalkan keperluan untuk pensijilan halal.

Beberapa laporan juga dibuat terhadap Teresa dan dia akan memberi keterangan kepada polis esok.

Sementara itu, Azman berkata dia sebelum ini pernah mengusahakan restoran dan sangat tahu berkenaan isu pensijilan halal.

"Kita perlu faham, sijil halal dengan makanan halal dua perkara berbeza. Sebagai contoh, hampir 100 peratus restoran Melayu di negara ini menyajikan makanan halal tapi lebih 90 peratus tidak memiliki sijil halal.

"Saya sebagai bekas pengusaha restoran tahu lebih mendalam mengenai isu-isu ini. Maka, saya minta pembangkang dan ahli politik perlu henti mempolitikkan isu ini.

"Saya melihat ada pihak cuba mempolitik isu ini dengan mengaitkan dengan agama dan bangsa.

“Sebenarnya, menteri (Mohd Na’im) melontar satu cadangan dan MP Seputeh (Teresa) (hanya) memberi pandangannya,” katanya lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg susah payah dapatkan sijil halal pun ummah malays gi boikot...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
makan jer la apa yang ada....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu kat cikgu cina anak iolss..anak iolss SJKC dr kakak sampai adik..cikgu kelas sll nasihatkan anak2 melayu kalo nk p makan kat kedai pastikan ade logo halal dr JAKIM... Sebab org Islam x boleh makan sembarangan..tkt minyak x halal ... X boleh msk benda haram dlm bdn..makan kn jaga..nanti makan benda haram Tuhan Allah marah....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 06:22 PM | Show all posts
bendanya simple..
kalau kau nak tarik market muslim, then apply sijil halal..
kalau kau market bukan islam, then tak payah apply..

yang muslim, pun sama..
kalau kau penting mencari yang halal, then go for restoran yang confirm ada sijil halal..
kalau kau jenis yang tak kisah sijil halal janji kau yakin makanannya halal, makan je la..
kalau kau jenis ikut trend viral membabi buta main cekik pastu baru tau kedai takde sijil halal, sapa suruh kau fomo pastu tak check sebelum mencekik..
lepas tu nak salahkan kedai tak apply sijil halal..
kau pikir kedai tu heran kalau kau tak datang lagi ke..
sah-sah dia tau sapa target market dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.122211 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list