CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49760|Reply: 4

[Tempatan] Malaysia tempat ke-38 Negara Dengan Infrastruktur Terbaik 2024

[Copy link]
Post time 9-9-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

September 9, 2024 - 11:46 AM



Asia terus menjadi tumpuan dunia dengan pembangunan infrastruktur yang pesat, namun di manakah Malaysia berada dalam senarai ini?

Dalam laporan terbaru yang diterbitkan oleh US News & World Report, Malaysia menduduki tempat ke-38 di peringkat global sebagai salah satu negara Asia dengan infrastruktur terbaik pada tahun 2024.


Laporan tersebut meletakkan Jepun, Korea Selatan, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai tiga negara teratas di Asia, dengan masing-masing menduduki tempat ke-3, ke-6, dan ke-7 di dunia.


Sementara itu, China berada di tangga ke-12 dunia, Singapura di tempat ke-16 dan Israel berada di tangga ke-30.

Walaupun Malaysia berada di tangga ke-38 dunia, kedudukan ini boleh dianggap sederhana berbanding dengan jiran serantau seperti Singapura (16) dan Thailand (44).



Kedudukan Malaysia juga lebih baik daripada Indonesia (56), India (58), dan Filipina (60).

Malaysia ada potensi besar untuk tingkatkan lagi kedudukan dalam beberapa tahun akan datang, terutamanya dengan adanya pelaburan besar dalam projek infrastruktur seperti Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR), pembangunan bandar-bandar baharu, serta usaha menaik taraf jalan raya dan pengangkutan awam.

Jepun menduduki tempat ke-3 dunia, menjadikannya negara dengan infrastruktur terbaik di Asia.

Dari rangkaian keretapi berkelajuan tinggi Shinkansen hingga kepada lapangan terbang antarabangsa yang bertaraf dunia, Jepun sentiasa menjadi contoh dalam pembangunan infrastruktur yang efisien.

Korea Selatan, yang berada di tangga ke-6 dunia, juga terkenal dengan rangkaian kereta api bawah tanah yang canggih serta pelaburan besar dalam teknologi bandar pintar (smart city).- thevocket.com


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin perlu dipikirkan suda kut sabah sarawak kereta api ke apa. Jem betul ba pg kk..bikin sakit jiwa pagi2 pegi kerja. Bukan xbole tumpu semenanjung tp mcm perlu sudah sabah ni ada kereta api ka ets ka apa..haduihh
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
...andai hari esok, stadium akan runtuh...





terengganu darul runtuh   















Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 03:57 AM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 04:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.041248 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list