CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4781|Reply: 0

[Sarawak] Dua lelaki parah kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan lori

[Copy link]
Post time 10-9-2024 01:54 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan kereta mangsa dan lori serta anggota bomba yang sedang melakukan operasi menyelamat.-Gambar JBPM

BINTULU: Seorang pemandu dan penumpang cedera parah apabila kenderaan mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori 12 tan di Pusingan-P Kilometer (KM) 6 Lebuh Raya Pan Borneo Tatau-Bintulu pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 3.50 petang Khamis.

Jame berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta dipandu seorang lelaki berumur 60 tahun bersama penumpang lelaki berumur 25 tahun datang dari arah Bintulu menuju ke Tatau.

"Apabila tiba di tempat Pusingan-P, di KM6 Jalan Tatau-Bintulu, sebuah lori yang dipandu seorang lelaki juga berumur 60 tahun tiba-tiba melintas di hadapan kereta mangsa untuk memasuki laluan ke Pusingan-P," katanya dalam kenyataan media malam tadi.


Keadaan kereta mangsa remuk teruk di bahagian hadapannya.-Gambar JBPM.

Akibat daripada itu katanya, berlaku perlanggaran dengan pemandu kereta bersama penumpang mengalami kecederaan parah dan dirujuk ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

"Manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," tambahnya.

Beliau berkata, kes terbabit telah disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sekali gus orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian kemalangan yang berlaku tersebut.

"Jika mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini, diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Sarjan Jurem Joe Hawing di talian 019-6955587," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Jankey Jikat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu telah mengerahkan lapan anggota bersama jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), pikap dan lori bergegas ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat.

"Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati seorang pemandu kereta tersepit di bahagian pemandu dan cuba mengeluarkan mangsa dikenal pasti sebagai Chong Chiew Kuet," katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba menggunakan peralatan khas sehingga mangsa berjaya dikeluarkan dari dalam kereta yang remuk dan seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, operasi selesai dan ditamatkan pada jam 4.30 petang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.079524 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list