CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25732|Reply: 0

[Sarawak] Pustaka Sibu anjur seminar bertemakan 'Kesejahteraan' Khamis ini

[Copy link]
Post time 10-9-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Pustaka Negeri Sarawak, Sibu akan menganjurkan Seminar Sarawak Lestari Siri 2 bertemakan 'Kesejahteraan' pada Khamis ini.

Pustaka Sibu dalam satu kenyataan, berkata seminar tersebut dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik orang awam tentang kepentingan 17 SDG dalam menangani cabaran global.

Katanya, seminar ini diadakan di premis Pustaka Sibu dan ia terbuka untuk tontonan umum melalui siaran secara langsung menerusi halaman Facebook Pustaka Negeri Sarawak, Sibu.

Di samping itu, program tersebut turut memberi penekanan khusus terhadap tiga SDG iaitu Matlamat Ke-3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), Matlamat Ke-11 (Bandar dan Masyarakat Mampan) serta Matlamat Ke-16 (Keamanan, Keadilan dan Pertubuhan Kukuh).

Sebanyak enam kertas kerja akan dibentangkan oleh wakil-wakil dari pelbagai agensi di Sibu, termasuk Pejabat Kesihatan Sibu, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu.

Sesi pembentangan akan bermula pada jam 9 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1 petang.

Pada sebelah petang, program akan diteruskan dengan lawatan ke Tempat Transit Gelandangan dan Destiny for Children Association bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu sosial.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai seminar itu boleh menghubungi Fiona Ravia Asing di talian 084-315 200 (ext 221) atau Nur Faziella Syazmeen Hasli di talian 084-315 200 (ext 229).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 10:08 AM GMT+8 , Processed in 1.364878 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list