CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36594|Reply: 0

[Sabah] ‘Fun Run’ anjuran KBKTB tarik lebih 900 peserta

[Copy link]
Post time 10-9-2024 04:27 PM | Show all posts |Read mode


MERIAH: Suryady bersama Mohd Afsar dan Aris ketika hadir acara larian santai berkenaan.

TAWAU: Program Larian Santai ‘Fun Run’ yang dianjurkan Kelab Belia Kampung Tanjung Batu (KBKTB) berjaya menarik penyertaan lebih 900 peserta termasuk warga Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau.

Pengerusi KBKTB, Mohd Afsar Abd Latif berkata, program ini diadakan bertujuan menarik minat masyarakat terutamanya golongan belia supaya minat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Katanya, KBKTB mahukan semua orang muda terlibat dalam bidang sukan bagi membina, memupuk serta melahirkan belia yang kuat fizikal dan jati diri masing-masing.

“Program ini secara tidak langsung mendidik masyarakat supaya menjadikan sukan larian sebagai satu hobi sihat dan berjinak-jinak untuk menyertai program larian yang dianjurkan di daerah ini.

“Kita sedia maklum, sukan larian ini sudah menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat, malah ia sudah menjadi acara popular di seluruh dunia,” katanya.

Beliau ketika ditemui selepas program yang diadakan baru-baru ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan dan Keusahawanan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Mengulas lanjut, katanya, larian yang menghimpunkan ramai penyertaan ini juga dilihat dapat mengeratkan silaturahim semua golongan termasuk peserta luar.
Mohd Afsar menzahirkan rasa terharu kerana program yang diadakan ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa dan di luar jangkaan.

Katanya, penyertaan yang ramai ini menunjukkan masyarakat di daerah Tawau juga menyambut baik dan meminati sukan larian seperti di negara-negara lain.

“KBKTB mengucapkan terima kasih kepada pemimpin kerajaan di sini dan Ahli Parlimen Kalabakan kerana meluangkan masa menyempurnakan majlis ini.

“Saya juga sangat bersyukur kerana Ketua KRI di Tawau, Aris Heru Utomo bersama kakitangan turut menyertai program ini,” katanya.


PELEPASAN: Suryady ketika membuat pelepasan semua peserta.

Sementara itu, Mohd Afsar berkata, KBKTB yang ditubuhkan sejak tahun 2019 ini mempunyai seramai 70 orang ahli dan aktif menganjurkan pelbagai acara sukan.

“Kita juga turut melaksanakan program-program kemasyarakatan seperti gotong-royong, menyampaikan bakul makanan serta memberikan sumbangan kepada golongan gelandangan dan mangsa bencana.

“Kami akan terus menggerakkan belia-belia KBKTB di daerah Tawau dan Kalabakan supaya terus menabur bakti kepada masyarakat serta bergiat aktif dalam sukan,” katanya.

Terdahulu, acara ini juga turut memberikan banyak hadiah cabutan bertuah dan hadiah utama sebuah motosikal.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 1.518752 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list