CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15198|Reply: 19

[Tempatan] Jual kuih raya cari dana bertanding, 2 beradik harum nama Malaysia

[Copy link]
Post time 11-9-2024 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Jual kuih raya cari dana bertanding, 2 beradik harum nama Malaysia

https://www.freemalaysiatoday.co ... arum-nama-malaysia/

Yasmin Abdul Latif
11 Sep 2024, 10:30 AM


Abdurrahman Ahmad Muaz, 14, dan adiknya, Heba Nusaybah, 11, berjaya mengharumkan nama negara dengan aksi cemerlang dalam kejohanan European Kids Horseback Archery Championship 2024, Ogos lalu.

Pemanah berkuda cilik, Abdurrahman Ahmad Muaz, 14, dan adiknya, Heba Nusaybah, 11, berjaya merangkul gelaran juara dan naib juara dalam kejohanan European Kids Horseback Archery Championship 2024 di Perancis.

PETALING JAYA: Walaupun tanpa barisan pengurusan profesional, dua beradik pemanah berkuda cilik masih mampu mengharumkan nama negara dengan mempamerkan aksi cemerlang dalam kejohanan European Kids Horseback Archery Championship 2024 yang berlangsung di Perancis Ogos lalu.

Abdurrahman Ahmad Muaz, 14, dan adiknya, Heba Nusaybah, 11, masing-masing berjaya merangkul gelaran juara dan naib juara dalam kejohanan disertai lebih 110 pesaing dari 16 negara itu antaranya Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland dan England.

Menurut ibu mereka, Nurul Fathim Ridayu Ramli, 39, penyertaan kedua-dua anaknya ke pentas antarabangsa itu dibiayai sendiri hanya dengan hasil jualan kuih raya.

Katanya, anaknya mula menabung menjual kuih raya hingga berjaya mengumpul kira-kira RM25,000 sebaik mendapat tahu mengenai kejohanan itu awal tahun ini.

Mereka betul-betul nak pergi (pertandingan) itu. Disebabkan kos mahal, saya, datuk dan nenek mereka berusaha mengumpulnya. Selebihnya mereka perlu berusaha sendiri dengan menjual kuih raya dan berniaga, kata ibu kepada enam anak itu.

Mengenai cabaran pula, Nurul Fathim tidak menafikan mereka perlu mengorbankan banyak masa, tenaga dan wang sebelum dapat melihat dua beradik itu mengharumkan nama Malaysia dalam sukan memanah berkuda.

“Tempat latihan mereka agak jauh di Batang Kali dan kami tinggal di Gombak. Dalam tempoh dua minggu saya berulang alik untuk menghantar mereka berlatih.

Adik beradik mereka yang lain juga terpaksa ditinggalkan demi kejohanan di Perancis. Namun, saya bersyukur suami begitu memahami dan memberi sokongan, katanya ketika dihubungi FMT.

Selain terharu melihat sokongan warganet terhadap kejayaan dua anaknya, Fathim juga berharap ia boleh menyuntik semangat kepada orang ramai bagi sukan memanah berkuda.

Saya berharap sukan ini semakin berkembang di Malaysia dan bukan menjadi sekadar aktiviti masa lapang tetapi dapat diangkat ke peringkat tinggi dalam acara sukan seperti Sukan Malaysia (Sukma), Sukan Komanwel dan Olimpik, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 12:13 PM | Show all posts
olimpik takde ek sukan ni?
tahniah...mmg perlu byk pengorbanan dari ibu bapak..tabik la kat dorg...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 11-9-2024 12:40 PM

Acik kagum dengan adik..acik dulu masa kecik pergi kebun sawit tolong ayah nak beli deodran, pencuci muka, spende, beli majalah komik etc.

Keep it up. Acik doa adik2 ni berjaya dalam bidang yang adik minat...dari passion tu akan ada disiplin dan kejayaan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 11-9-2024 12:13 PM
olimpik takde ek sukan ni?
tahniah...mmg perlu byk pengorbanan dari ibu bapak..tabik la kat dorg...

ada archery sahaja. horseback archery tak ada
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 03:48 PM | Show all posts
iols tgk dia punya podium masa amik hadiah tu mcm event sekolah sekolah jer..mcm xde bajet..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah Tahniah
Baguslah diarg diajar berusaha utk berjaya
Salute pd parents
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2024 03:56 PM | Show all posts
kesiannya xdpt dana..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 04:54 PM | Show all posts
Kalu tak salah akulahh... event ni terbuka utk kelab/persatuan mana-mana negara.
Dijemput, biaya tanggung sendiri. Unless kelab kau super rich level premium mampu tanggung semua.

Macam teakwondo (sukan lain pun sama), banyak jer international event kat luar tu.
Ada duit boleh pegi.

Yang bagusnya, kau bawa bendera Malaysia. Kau promote Malaysia.
Exposure lagi luas berbanding asyik main dalam kampung jer. (dibacakan dalam malaya)

Aku harap KBS buleh la potong separuh biaya sepakbola mesia yang tah hape-hape tu, limpahkan ke kelab-kelab sukan yang underrated macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 05:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 11-9-2024 04:54 PM
Kalu tak salah akulahh... event ni terbuka utk kelab/persatuan mana-mana negara.
Dijemput, biaya tan ...

dah menang...tiber jer mengklaim...harumkan nama Malaysia...depa pi xde pulok sapa(yg berkaitan) peduli...tak adil.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
last last sijil antarabangsa tak laku dalam pajsk sebab program tak diiktiraf kementerian.... huhuhu


tapi gigih la family budak berdua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 11-9-2024 06:11 PM
dah menang...tiber jer mengklaim...harumkan nama Malaysia...depa pi xde pulok sapa(yg berkaitan) p ...

Mungkin sebab sukan ni rare kat Msia... tak macam sukan² yang lain.
Bila tersebar berita kemenangan, wow jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 08:31 AM | Show all posts
Weller replied at 11-9-2024 07:36 PM
last last sijil antarabangsa tak laku dalam pajsk sebab program tak diiktiraf kementerian.... huhuhu ...

setakat ini kementerian terima apa2 kejohonan yang diiktiraf oleh badan sukan malaysia...cth taekwondo kalau persatuan taewondo malaysia iktiraf, then kementerian pendidikan iktiraf juga...ni pengalaman anak iols la masuk tournament antarabangsa taekwondo.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 08:32 AM | Show all posts
Bergosip replied at 11-9-2024 02:59 PM
ada archery sahaja. horseback archery tak ada

i see...breakdance ada pula haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 10:15 AM | Show all posts
ada tgk video dorg masa hari opening
berjalan berdua je sambil pegang bendera msia
yg penonton kemain bersorak support
comel je


tp ye...nmpk sgt bajet sukan yg dorg join ni sgt ciput
mcm sukan2 sekolah luar bandar je
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 11:33 AM | Show all posts
Semoga kerajaan atau pihak-pihak luar dapat menyokong sukan yang diceburi mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 12-9-2024 08:32 AM
i see...breakdance ada pula haha

breakdance ada sebab paris yang masukkan haha. tuan rumah olympic boleh masukkan beberapa jenis sukan baru

untuk paris 2024, di antara sukan baru yang dimasukkan ialah breakdance


sebab tu setiap olympic, akan ada sukan baru sebab tuan rumah akan masukkan sukan tu dalam olympic


untuk 2028, tuan rumah ialah Los Angeles. sukan yang dimasukkan LA ialah:

- squash
- cricket
- flag football
- baseball
- lacrose


maybe squash je kot yang Malaysia boleh hantar wakil (bagi sukan baru olympic)
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 12-9-2024 08:31 AM
setakat ini kementerian terima apa2 kejohonan yang diiktiraf oleh badan sukan malaysia...cth taekw ...

TM-WTF diikhtiraf kementerian.
Apa² TKD event oberc, semuanya under WTF.

Balik sini bawak pulang cert+medal, kembang kuncup lobang idung G.Besar nengok anak murid aku main oberc.
Esok lusa majlis anugerah kecemerlangan skolah, kompem dalam tangan.
Setiap tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 12:59 PM | Show all posts
Bergosip replied at 12-9-2024 11:52 AM
breakdance ada sebab paris yang masukkan haha. tuan rumah olympic boleh masukkan beberapa jenis su ...

i see...kira breakdance pun pertama kali diperkenalkan la ye...tenkiu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 01:01 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 12-9-2024 12:27 PM
TM-WTF diikhtiraf kementerian.
Apa² TKD event oberc, semuanya under WTF.

senang kan hihi...tp kena sediakan fulus la...sib baik tournament international taekwondo ada yang buat kat malaysia juga..jimat duit...tp masih kena byr utk penyertaan...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.117659 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list