CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20678|Reply: 0

[Sabah] Seramai 21 veteran ATM terima sumbangan Kementerian Pertahanan

[Copy link]
Post time 11-9-2024 04:52 PM | Show all posts |Read mode


SUMBANGAN: Adly ketika menyantuni dan memberi sumbangan kepada anak istimewa veteran ATM.

TAWAU: Seramai 21 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tawau dan Semporna menerima sumbangan daripada Kementerian Pertahanan menerusi Program Peduli Veteran Madani (PVM), semalam.

Sumbangan itu diberikan sempena siri lawatan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari ke Sabah yang bermula 8 hingga 10 September ini.   

Adly berkata, program ini adalah usaha pihak kementerian untuk bertemu semua veteran ATM dan keluarga mereka terutamanya yang uzur dan mengalami sakit kronik.

Katanya, Kementerian Pertahanan telah menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan seperti makanan, susu kesihatan dan lampin pakai buang kepada veteran yang uzur.

“Kita juga mengagihkan sebanyak 500 Bakul Rahmah kepada persatuan-persatuan veteran setempat untuk diagihkan kepada veteran asnaf.

“Saya difahamkan seramai 594 orang veteran ATM dikenal pasti berada di daerah Semporna, manakala di Tawau pula sudah mencecah 741 orang.

“Jumlah itu, turut merangkumi keseluruhan veteran ATM di negeri Sabah iaitu seramai 8,068 orang dan 3,174 adalah veteran yang tidak berpencen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat veteran ATM di Taman Perwira Tawau dalam Program Peduli Veteran Madani (PVM), di sini, semalam.

Menurutnya, kerajaan komited dalam meningkatkan peruntukan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) dari RM118 juta kepada RM244 juta pada tahun ini.

“Pada tahun ini juga, kerajaan telah meningkatkan peruntukan Bayaran Sara Hidup sebanyak tiga kali ganda iaitu daripada RM54 juta kepada RM174 Juta.

“Sehingga 30 Jun ini, seramai 29,331 veteran ATM telah menerima faedah menerusi peruntukan itu yang melibatkan perbelanjaan hampir RM56 juta,” katanya.

Adly berkata, Inisiatif PVM adalah bertindak sebagai medan untuk interaksi secara dua hala antara Kementerian Pertahanan dan Veteran ATM.

“Ia membabitkan lima fokus utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan, dan pemerkasaan ekonomi veteran ATM.

“PVM akan terus menjadi platform kementerian bagi menyampaikan sumbangan kebajikan dan insentif keusahawanan kepada veteran ATM memerlukan sebagai galakan memperkasakan sosioekonomi mereka,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.393824 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list