CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36526|Reply: 0

[Sabah] Masyarakat perlu pendedahan CPR hadapi pesakit jantung

[Copy link]
Post time 11-9-2024 05:15 PM | Show all posts |Read mode


CENDERA KENANGAN: Suryady (dua kanan) menerima cendera kenangan daripada penganjur.
TAWAU: Masyarakat di negara ini perlu didedahkan mengenai pendidikan Resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebagai langkah awal bagi menghadapi pesakit jantung di sekeliling mereka.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, kerajaan perlu mewajibkan pendidikan CPR seawal sekolah rendah lagi.

Katanya, pengetahuan CPR ini adalah prosedur kecemasan yang berpotensi menyelamatkan nyawa seseorang dalam situasi di mana jantung atau pernafasan seseorang terhenti.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengambil inisiatif untuk mewajibkan silibus CPR ini bermula dari peringkat sekolah rendah lagi.

“Kita tidak boleh letakkan semua di bahu kakitangan perubatan kerana semua orang boleh memberikan bantuan awal sebelum pesakit mendapat rawatan susulan,” katanya,

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penutupan kursus ‘Pre Hospital Care Life Support Level 1 Pantai Timur Sabah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Suryady berkata, pihaknya akan mengambil inisiatif untuk memberikan pendedahan awal mengenai CPR ini kepada penduduk luar bandar di Kalabakan.

“Kami akan laksanakan beberapa program yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan tunjuk ajar kepada penduduk di luar bandar,” katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan juga diminta mewajibkan setiap hotel mempunyai Mesin Defibrilasi Luaran Automatik (AED) bagi membantu pelanggan mereka sekiranya terkena serangan jantung.

Menurutnya, AED adalah alat elektronik mudah alih yang boleh dibawa ke mana sahaja dan sesuai digunakan untuk situasi kecemasan.

“Alat ini berfungsi mengenalpasti beberapa faktor yang berpotensi mengancam ‘cardiacarrhythmias fibrilasi ventricular’ dan ‘tachycardia ventricular’ dalam pesakit.

“Justeru, alat ini sangat sesuai diwajibkan ke atas semua premis seperti hotel bagi memberikan bantuan awal kepada pesakit,” katanya.


ALBUM: Suryady bersama semua peserta dalam majlis penutupan kursus berkenaan.

Mengulas mengenai kursus ini, katanya, ia sangat baik dan perlu diteruskan supaya semua petugas hospital boleh mengurus pesakit dengan lebih cemerlang.

“Saya difahamkan kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran klinikal mengurus pesakit trauma, kecemasan perubatan dan ‘cardiac arrest’ di peringkat PHC.

“Harapan kita supaya kakitangan perubatan terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan terutamanya penggunaan alat-alat perubatan terkini,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Hospital Tawau, Dr Azman Ibrahim dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kalabakan, Saripudin Nuhalim.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.195912 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list