CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7340|Reply: 0

[Sabah] JKDM tahan tujuh individu, catat rampasan memberangsangkan sehingga September

[Copy link]
Post time 17-9-2024 01:22 PM | Show all posts |Read mode


SIDANG MEDIA: Siti menunjukkan antara barangan rampasan semasa sidang media di Menara Kastam Sabah, di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terus komited dalam menangani sebarang aktiviti jenayah melibatkan penyeludupan bahan terlarang termasuk dadah.

Usaha itu berhasil apabila tujuh individu berjaya ditahan dan pelbagai barangan larangan berjaya dirampas sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Siti Mang berkata, tujuh individu ditahan membabitkan warga tempatan berusia 19 hingga 53 tahun.

Katanya, pihak JKDM juga berjaya merampas 555.60 liter minuman keras dan 146,650 batang rokok pelbagai jenis serta 1,600 gram tembakau.

"Semua barang rampasan berkenaan dianggarkan bernilai RM183,086 manakala jumlah duti dan cukai terlibat adalah sebanyak RM861,836.

"Selain itu, sepanjang tempoh sama, bahagian penguatkuasaan JKDM Sabah juga mencatat kejayaan dalam memerangi penyeludupan dadah dan ketum," katanya pada sidang media di Menara Kastam Sabah, di sini.

Siti berkata, bagi rampasan dadah, JKDM berjaya merekodkan 163 kes dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM440,027.

"Usaha berterusan ini adalah bukti komitmen JKDM dalam menjaga keselamatan awam dan mengekang aktiviti penyeludupan yang melibatkan bahan-bahan larangan," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai kejayaan membabitkan kes narkotik, Siti berkata, sepanjang tempoh itu, Cawangan Narkotik Bahagian Penguatkuasaan, JKDM Sabah berjaya merampas pelbagai jenis dadah termasuk ganja, ekstasi, ketamin, dan psilocybin (cendawan halusinogen).

Katanya, JKDM Sabah juga berjaya memerangi penyeludupan bahan larangan dengan merampas lebih kurang tiga tan daun dan serbuk ketum.

"Modus operandi bagi kes dadah kebanyakannya disimpan di lokasi tersembunyi di dalam premis perniagaan untuk mengelirukan dan mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

"Bagi kes penyeludupan ketum pula adalah menggunakan perkhidmatan kurier dan perkhidmatan pengangkutan awam," katanya.

Sehubungan itu, Siti berkata, aktiviti penyeludupan bukan saja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, orang ramai disarankan supaya memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan ditalian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.

"JKDM juga turut memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat berkenaan adalah dirahsiakan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.049085 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list