CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34594|Reply: 0

[Sarawak] Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia: Tun Wan Junaidi

[Copy link]
Post time 17-9-2024 04:29 PM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. - Gambar Astana Negeri Sarawak

KUCHING: Penubuhan Malaysia pada 1963 adalah berasaskan dokumen-dokumen Perlembagaan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dipertikaikan.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dokumen-dokumen berkenaan terdiri daripada Memorandum Jawatankuasa Perundingan Solidariti Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC Report), Akta Malaysia 1963 (UK), Akta Malaysia 1963 (Tanah Melayu), Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perjanjian tambahan kepada Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963.

“Dalam erti kata lain, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat MA63,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia ke-61 hari ini.

Beliau berkata penggabungan tiga wilayah terdiri daripada Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah melalui MA63 merupakan batu asas hakiki menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara lebih besar dan berkembang maju secara berimbang. ⁣

Tun Wan Junaidi berkata sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang dibentuk bersama dengan Perlembagaan Malaysia telah menyaksikan kebersatuan tiga wilayah berkenaan. ⁣

Beliau berkata Malaysia telah berkembang maju setelah ⁣enam dekad melalui pelbagai cabaran dan rintangan sebelum berdiri megah di persada dunia, dengan ⁣perpaduan merupakan tunjang utama untuk kemajuan berterusan ini.

Menurut beliau, usaha mengintegrasi masyarakat berbilang kaum, budaya dan kepercayaan dari pelbagai wilayah dan latar belakang bukanlah tugas mudah dan meminta semua rakyat bertekad untuk bersama-sama menghayati sejarah pembentukan Malaysia. ⁣

“Marilah kita sama-sama menjulang aspirasi Malaysia menerusi fakta sejarah ini. Janganlah kita berbalah, memporak-perandakan harmoni yang telah sekian lama terbina,” katanya. - BERNAMA ⁣


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.087151 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list