CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40792|Reply: 0

[Sarawak] Lumba bot laju menutup tirai Pesta Tatau 2024

[Copy link]
Post time 17-9-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode


Persediaan untuk pelepasan peserta perlumbaan bot laju disaksikan ramai pengunjung di Sungai Anap, Tebingan Tatau hari ini. - Gambar UKAS

BINTULU: Beberapa hadiah telah disampaikan kepada para pemenang lumba bot laju di Sungai Anap, Tebingan Tatau untuk acara terakhir yang berlangsung sempena Pesta Tatau 2024 di sini, hari ini.

Ia membabitkan acara perlumbaan bot laju 5 kuasa kuda (hp) terbuka, 30hp 3 cylinder tunnel, 50hp tunnel ke bawah, 30hp 2 cylinder tunnel, 18hp tunnel, 30hp 2 cylinder bot panjang, 18hp bot panjang, 15hp bot panjang tempatan kayu dan 15hp bot panjang tempatan fiber dalam saingan semi final dan final lima, enam, tujuh serta lapan pusingan.

Perlumbaan telah berlangsung dari 14 September untuk saringan dan 15 September untuk semi final dan final, disertai 204 pelumba daripada 93 pasukan dari seluruh Sarawak dan empat pasukan dari Brunei Darussalam yang bersaing dalam sembilan kategori dipertandingkan.

Sementara itu, penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan Timbalan Menteri Digital merangkap Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Berucap pada acara itu Wilson berkata, saingan pelumba bot laju dari seluruh Sarawak serta empat pasukan dari Brunei di Sungai Anap, sejauh tiga kilometer merupakan tempat sesuai untuk perlumbaan tersebut.

"Dengan kehadiran ribuan pengunjung yang memberangsang menyaksikan perlumbaan itu, dicadangkan agar dibina tebingan di sungai itu bagi memudahkan pengunjung menyaksikan acara seumpamanya dengan lebih selesa pada masa akan datang," ujarnya.

Katanya, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mungkin boleh mempertimbangkan cadangan ini termasuk pembinaan hotel tiga bintang di pekan Tatau yang kekurangan tempat penginapan sehinggakan ada pengunjung dari luar terpaksa menginap di bandar Bintulu.

Tambahnya, penduduk setempat juga boleh membantu mengatasi permasalahan ini dengan menyediakan rumah inap desa untuk para pengunjung luar.

Beliau berkata, kaedah ini akan membantu menjana ekonomi setempat, sekali gus turut memberi manfaat kepada penduduk termasuk peniaga kecil.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.187769 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list