CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40728|Reply: 0

[Sarawak] Polis Miri bongkar kegiatan penanaman ganja di kawasan perumahan

[Copy link]
Post time 17-9-2024 04:46 PM | Show all posts |Read mode


Mancha (tiga kiri) hari ini menunjukkan pokok ganja yang berjaya dirampas polis menerusi serbuan dijalankan di sebuah rumah di Jalan Piasau pada Jumaat lalu.
MIRI: Kegiatan sulit penanaman benih pokok ganja di kawasan perumahan berjaya dibongkar polis apabila sejumlah 143 batang pokok ganja dan 1,742.2 gram dadah ganja dianggarkan bernilai RM3.6 juta dirampas di sebuah rumah di Jalan Piasau pada Jumaat lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri turut menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 41 dan 61 tahun.

“Jumlah dadah yang dirampas adalah 1,742.2 gram dadah ganja dan 143 batang pokok ganja dengan nilai keseluruhan rampasan dadah adalah RM3.6 juta.

“Kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati positif dadah Tetra Hydro Cannabinol (THC),” katanya pada sidang media di Pejabat BSJN IPD Miri hari ini.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak ACP Mustafa Kamal Ghani Abdullah dan Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu.


Mancha (kanan), Alexson (dua kanan) dan Mustafa Kamal Ghani (kiri) menunjukkan bungkusan dadah ganja yang dirampas dalam operasi tersebut.


Jelas Mancha lagi, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan untuk 32,084 penagih.

Sementara itu, dalam serbuan sama, polis turut menyita sebuah kereta bernilai RM20,000 dan sebuah motosikal bernilai RM4,500 dengan jumlah keseluruhan RM24,500.

Kedua-dua harta ini disita di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.

Dalam pada itu, Mancha mendedahkan, modus operandi suspek terbabit adalah dengan membeli benih pokok ganja dari luar negara secara dalam talian dan penghantaran dibuat menggunakan perkhidmatan kurier.

“Harga sepeket biji ganja dianggarkan bernilai AS$100 dan suspek menanam benih pokok ganja di kawasan rumah kediaman secara sulit.


Sebuah kereta dan motosikal yang turut disita dalam operasi itu.

“Dadah ganja yang dihasilkan dari pokok ganja tersebut dijual di sekitar Miri dengan harga RM100 untuk 100 gram,” ujarnya.

Beliau berkata, tangkapan bagi kes sedemikian merupakan kali kedua selepas yang pertama di Sibu, namun tangkapan pada kali ini merupakan yang pertama untuk tahun ini dan terbesar setakat ini.

Sehubungan itu, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 14 hingga 21 September.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada enam sebatan bagi kesalahan menanam dan memiliki pokok ganja.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan jika tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada 12 sebatan, bagi kesalahan mengedar dadah ganja,” jelasnya.

Mancha memberitahu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertekad untuk memerangi habis-habisan dadah yang merupakan musuh nombor satu negara.

Beliau berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.184199 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list