CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21203|Reply: 0

[Sarawak] Percepat proses kemasukan pekerja asing Indonesia

[Copy link]
Post time 18-9-2024 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Sistem digital di Semenanjung, bolehkan visa siap seminggu hingga dua minggu berbanding 30 hari sebelum ini



Raden Sigit (duduk, depan tengah) dan yang lain merakam kenangan pada Forum Perniagaan antara Kumpulan Syarikat Rimbunan Hijau dengan APJATI di sebuah hotel terkemuka di Sibu, hari ini.

“Sebenarnya, Sarawak di Malaysia Timur mempunyai potensi besar untuk menerima pekerja Indonesia kerana (kemasukan di) Semenanjung telah penuh.”

Raden Sigit Witjaksono
Konsul Jenderal Indonesia di Kuching

Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Kerajaan Sarawak diharap dapat mempercepatkan proses kemasukan pekerja asing dari Indonesia dalam usaha memenuhi tenaga kerja di negeri ini.

Konsul Jenderal Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono berkata, keadaan di sini berbeza dengan Semenanjung yang telah memperkenalkan sistem digital yang membolehkan proses visa siap dalam tempoh seminggu hingga dua minggu berbanding 30 hari sebelum ini.

“Sebenarnya, Sarawak di Malaysia Timur mempunyai potensi besar untuk menerima pekerja Indonesia kerana (kemasukan di) Semenanjung telah penuh.

“Disebabkan proses-proses yang panjang, ramai (pekerja Indonesia) tidak jadi ke sini dan saya percaya ada segelintir mereka memilih untuk masuk secara haram melalui jalan tikus.

“Sebab itu, kita harap Kerajaan Sarawak dapat mempertimbangkan perkara ini untuk manfaat kedua-dua pihak antara Indonesia dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Perniagaan antara Kumpulan Syarikat Rimbunan Hijau dengan Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga Kerja Indonesia (APJATI) di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Oleh yang demikian, Raden Sigit memberi jaminan bahawa Kerajaan Indonesia menerusi Konsulat Jenderal Indonesia di Kuching memberi komitmen tinggi untuk memastikan Sarawak menerima tenaga kerja yang mencukupi.

Oleh itu katanya, mereka sentiasa mengingatkan warganegaranya supaya datang dengan dokumen lengkap.

“Jika tidak, kami telah menghantar pulang 3,300 rakyat Indonesia dalam tempoh dua hari yang lalu kerana pelanggaran imigresen.

“Dokumen lengkap termasuk pasport, visa dan lesen permit.

"Ini perlu diselesaikan dan kemudian kami akan menyemak,” katanya.

Sementara itu, ditanya memgenai jumlah tenaga kerja Indonesia yang dihantar ke negeri ini setiap tahun, Ketua Divisi Malaysia APJATI Maria Ginting memberitahu bahawa jumlahnya mencecah kira-kira 35,000 orang.

Beliau berkata, APJATI mempunyai kira-kira 200 syarikat yang bernaung di bawahnya dan persatuan berkenaan mempunyai keupayaan untuk membekalkan 200,000 tenaga kerja Indonesia setahun ke seluruh dunia.

“Pada tahun 2023, kami telah menghantar 275,000 pekerja kita ke seluruh dunia, daripada jumlah itu 98,000 adalah ke Malaysia di mana 30 peratus ke Malaysia Timur (Sarawak),” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.054768 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list