CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42748|Reply: 0

[Sarawak] Orang ramai diseru rebut peluang terakhir sertai Sarawak DEA2024

[Copy link]
Post time 18-9-2024 04:58 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Orang ramai diseru merebut peluang terakhir menyertai Anugerah Ekonomi Digital Sarawak (Sarawak DEA2024) yang kini semakin menghampiri tarikh penyerahannya pada 23 September 2024.

Sarawak DEA2024 yang meraikan inovasi digital dan transformasi merentasi pelbagai sektor merupakan anjuran Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Penyerahan untuk Sarawak DEA2024 akan diterima sehingga 23 September 2024, jam 11:59:59 malam (GMT+08).

Penyampaian anugerah akan diadakan pada 17 Oktober 2024, bertepatan dengan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) ke-7 2024, di mana penyerahan teratas akan diraikan.

Anugerah itu antara lainnya akan menyerlahkan inovasi digital, kerjasama dan kemajuan, selain menawarkan platform untuk pihak berwawasan, perintis dan inovator untuk mempamerkan sumbangan mereka ke arah Sarawak yang maju secara digital.

Kategori untuk anugerah tersebut termasuk: Anugerah Perusahaan Kecil Sederhana Mikro (PKS), Anugerah Penyelidikan & Pembangunan, Anugerah Technology Start-Up, Anugerah Kerajaan Digital, Anugerah Kelestarian dan Anugerah Industri 4.0.

Sorotan istimewa ialah Anugerah Ekonomi Digital Premier yang mengiktiraf hasil paling cemerlang dalam kalangan pemenang kategori.

Untuk menghantar penyertaan atau maklumat lanjut mengenai Sarawak DEA2024, sila layari https://digitaleconomyawards.com atau hantar dalam talian di https://dea2024.ireka.my.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.054523 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list