CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26218|Reply: 0

[Sarawak] Hujan lebat, angin kencang sebabkan bumbung rumah terbang di Kampung Pengkalan, Lutong

[Copy link]
Post time 19-9-2024 06:21 AM | Show all posts |Read mode


Dua anggota bomba sedang memantau keadaan bumbung sebuah rumah di Kampung Pengkalan, Lutong yang diterbangkan ribut kencang petang Selasa.

MIRI: Hujan lebat dan ribut kencang yang melanda beberapa kawasan telah menyebabkan bumbung sebuah rumah terbang dalam kejadian yang berlaku di Kampung Pengkalan, Lutong di sini petang semalam.
   
Menurut pemilik rumah terbabit, Mohd Ellyas Abdullah, 38, semasa kejadian yang berlaku sekitar jam 1 petang itu, hanya seorang anak lelakinya yang berusia 15 tahun berada di rumah.
   
Manakala dia dan isteri serta dua orang anak masing-masing berusia enam tahun dan setahun lapan bulan keluar membeli barang keperluan.
   
"Ketika kejadian, hujan lebat dan ribut kencang sedang melanda menyebabkan bumbung rumah saya di bahagian belakang terbang.
   
"Melihat keadaan itu, anak terus menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian itu dan saya terus bergegas pulang," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo pagi ini.


Bumbung rumah mangsa diterbangkan angin sejauh 50 kaki dalam kejadian petang Selasa.

Menurut Ellyas, meskipun sedih melihat keadaan bumbung belakang rumahnya yang "botak" akibat diterbangkan angin kencang semalam namun dia tetap bersyukur kerana anaknya selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
   
Katanya, berikutan kejadian itu, mereka sekeluarga menumpang sementara di rumah ibu bapanya yang terletak di hadapan rumahnya.
   
"Hari ini saya bercadang untuk menutup bahagian bumbung yang botak itu serta membaiki bumbung bahagian hadapan yang telah goyah dan hanya bertahan pada bahagian tiang akibat ribut kencang semalam.
   
"Namun terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dengan ribut kencang dan hujan masih turun ditambah bekalan elektrik tidak dimatikan," katanya sambil memberitahu rumah itu didiami mereka sekeluarga yang seramai lima orang.
   
Manakala dua sambungan (rumah) di bahagian belakang didiami oleh dua orang kakaknya serta keluarga masing-masing, namun tidak terjejas.
   
Sementara itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6 petang semalam telah bergerak ke lokasi yang terletak pada jarak tujuh kilometer.
   
Setiba di lokasi, didapati benar kejadian bumbung sebuah rumah kayu berukuran 30' x 60' terbang sejauh 50 kaki.
   
Menurut Ketua BBP Lutong Henry Jugah, tiada sebarang operasi dilakukan dan pasukan keluaran operasi hanya melakukan pemantauan dan mengambil maklumat pengadu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.357623 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list