CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30787|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak Energy perjelas peningkatan caj elektrik

[Copy link]
Post time 19-9-2024 09:56 PM | Show all posts |Read mode
Peningkatan caj berkait rapat dengan kebolehan meter pintar baharu merekod penggunaan tenaga dengan lebih tepat



Juruteknik Sarawak Energy memasang meter pintar di rumah kediaman.
KUCHING: Sarawak Energy ingin menjelaskan bahawa peningkatan caj elektrik dialami pengguna baru-baru ini berkait rapat dengan kebolehan meter pintar baharu yang merekodkan penggunaan tenaga dengan lebih tepat.

Menurut kenyataan Sarawak Energy hari ini, peningkatan bil ini juga berpunca daripada kurang pendaftaran oleh meter lama dan perubahan bermusim dalam penggunaan tenaga.

“Sarawak Energy mengakui kebimbangan orang ramai mengenai aktiviti pemasangan meter pintarnya dan hendak menjelaskan bahawa peningkatan ini antara lainnya dikaitkan dengan ketepatan meter baharu.

“Selain itu, meter lama kurang melaporkan penggunaan tenaga sementara meter baharu memberikan rekod dengan lebih tepat, yang mungkin menyebabkan caj lebih tinggi,” katanya.

Sarawak Energy berkata, sejak pemasangan meter pintar di seluruh Sarawak secara percuma sehingga kini, tujuh peratus daripada meter yang diganti telah menyebabkan caj tertunggak.

Menurutnya, bil tunggakan ini hanya dikeluarkan apabila ketaksekataan dikesan pada meter sebelumnya, mengikut prosedur operasi standard (SOP) SESCO dan Ordinan Elektrik Sarawak.

“Pelanggan yang menerima pemberitahuan tunggakan telah diberikan penjelasan terperinci sementara mereka yang mempunyai pertanyaan dinasihatkan untuk mengunjungi kaunter perkhidmatan pelanggan Sarawak Energy berhampiran untuk bantuan lanjut,” katanya.



Pelanggan menikmati pelbagai faedah setelah meter elektrik mereka dinaik taraf kepada meter pintar.

Jelasnya lagi, meter pintar menawarkan pelbagai manfaat kepada pengguna di Sarawak, termasuk ketepatan dan pengesanan masa nyata penggunaan elektrik.

“Ini memastikan pelanggan menerima bil yang mencerminkan penggunaan tenaga sebenar mereka dengan tepat, menghapuskan ketidaktepatan berkaitan dengan bacaan manual dan anggaran serta memupuk ketelusan lebih tinggi dalam pengebilan.

“Dengan data penggunaan lebih tepat, meter pintar memperkasakan pelanggan untuk menguruskan penggunaan tenaga mereka dengan lebih berkesan dan berpotensi mengurangkan kos elektrik,” katanya.

Dalam pada itu, untuk memastikan ketepatan dan penghantaran bil, pelanggan diingatkan untuk memastikan alamat e-mel berdaftar mereka dikemas kini.

Pelanggan amat dinasihatkan supaya sentiasa menyemak e-mel mereka, aplikasi mudah alih SEB cares atau portal web untuk bil mereka dan membuat pembayaran tepat pada masanya untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.

Selain itu, pelanggan juga diingatkan untuk mengesahkan bahawa sebarang pembayaran yang dibuat telah berjaya diluluskan dan dikreditkan ke akaun elektrik mereka.

Untuk penyambungan semula, pembayaran hendaklah dibuat melalui saluran dibenarkan seperti aplikasi SEB cares atau kiosk pembayaran untuk mempercepatkan pemulihan bekalan elektrik.

Orang ramai yang menghadapi masalah digesa mengunjungi kaunter perkhidmatan pelanggan terdekat Sarawak Energy atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggannya di 1-300-88-3111, atau e-mel [email protected], atau gunakan aplikasi mudah alih atau portal web SEB cares untuk bantuan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.073676 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list