CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32047|Reply: 0

[Sarawak] Mayat lelaki ditemui di rumah kedai di Mukah

[Copy link]
Post time 19-9-2024 10:01 PM | Show all posts |Read mode




Mayat lelaki tersebut dibawa oleh pihak polis ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

MUKAH: Seorang lelaki ditemui mati di sebuah rumah kedai di Bandar Baru Mukah, awal pagi tadi.

Mayat lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu ditemui oleh orang awam yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan penemuan mayat tersebut pada jam 8.45 pagi.

Bertindak atas maklumat katanya, sepasukan polis telah bergegas ke lokasi kejadian.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian tidak menemui sebarang tanda-tanda pergelutan atau alat yang boleh menyebabkan kecederaan.

"Semasa pemeriksaan, kami tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada si mati," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, lelaki tersebut berkulit kuning langsat, memakai kemeja-T berwarna hitam dengan tulisan 'Sibu Bike Week 2018', berseluar biru gelap serta memiliki rambut lurus.

"Mangsa juga mempunyai tatu bunga terung pada bahu kiri dan kanan," jelasnya

Muhamad Rizal berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Rumah Mayat Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR), sementara menunggu keputusan bedah siasat daripada Hospital Mukah.

Sehubungan itu katanya, pihak polis kini memohon bantuan orang ramai untuk mengenal pasti identiti mangsa atau mengesan waris terdekat.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat SM Abdul Rahman Maerrad di talian 013-8029577 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.075230 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list