View: 32877|Reply: 0
|
[Johor]
Program jimat 12 kali setahun, bantu tentera beli barangan pada harga murah
[Copy link]
|
|
Zahid bersama Khaled dan Onn Hafiz ketika Pelancaran Jualan Istimewa MADANI Keluarga Angkatan Tentera (JIMAT) dalam Lawatan Kerja di Kem Mahkota Kluang, Johor hari ini. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan
KLUANG: Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menikmati diskaun harga barangan keperluan harian sebanyak 22 hingga 30 peratus menerusi program Jualan Istimewa Madani Angkatan Tentera (JIMAT).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata program JIMAT yang akan diperluaskan ke 93 kem tentera di seluruh negara diharap membantu warga ATM mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih rendah berbanding pasaran.
Beliau berkata, inisiatif itu dilaksanakan di bawah Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA).
"Program JIMAT bermula bulan ini pada setiap Sabtu minggu terakhir setiap bulan.
"Kalau jualan Rahmah dilaksanakan dalam tempoh dua ke tiga kali setahun, tapi JIMAT akan berlangsung sebanyak 12 kali setahun.
"Sebagai contoh beras tempatan seberat 10 kilogram akan dijual pada harga RM38.30 sen, namun melalui program JIMAT, harga makanan asas itu menjadi RM35.20 sen.
"Mi segera kebiasaannya bernilai RM5.25 sen, namun di JIMAT harga yang dijual adalah RM3.50 sen," katanya berucap dalam acara Lawatan Kerja Timbalan Perdana Menteri di Kem Mahkota, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Untuk peringkat awal, sebanyak 28 jenis barangan keperluan asas akan dijual pada acara tersebut dan jumlah itu akan ditambah dari semasa ke semasa.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|