CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32728|Reply: 0

[Sarawak] Pemimpin Penan serah 13 inti pati memorandum sokong kepimpinan Abang Johari

[Copy link]
Post time 19-9-2024 10:02 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari menerima memorandum sokongan daripada KMKK Penan yang diserahkan Hennesser sambil disaksikan tetamu kenamaan lain.

MIRI: Pemimpin masyarakat Penan kawasan Baram, Limbang dan Belaga menyerahkan 13 inti pati memorandum sokongan kepada kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Memorandum dibacakan oleh Pemanca Penan Bahagian Miri Hennesser Uning Bong di hadapan pemimpin nombor satu Sarawak itu, disaksikan menteri-menteri kabinet Sarawak serta ketua kaum dan ketua masyarakat (KMKK) Penan.

Menurut Hennesser, pada 24 Ogos lalu semua pemimpin masyarakat Penan telah berkumpul di RSC Ba Muboi bertujuan membincangkan hala tuju masyarakat Penan dalam menyahut cabaran Sarawak Maju menjelang 2030.

Semasa perjumpaan tersebut semua pemimpin yang hadir telah mengambil keputusan dan ketetapan bahawa akan menyokong penuh kepimpinan Premier Sarawak.

Masyarakat Penan turut menyokong penuh dasar dan polisi pembangunan Kerajaan Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Kami juga menyokong penuh usaha kerajaan membina kemudahan infrastruktur asas dalam kampung masyarakat Penan yang kebanyakannya ketinggalan dan terpinggir,” jelasnya.

Antara inti pati lain, masyarakat Penan menyokong penuh inisiatif kerajaan mengiktiraf pemilikan tanah Hak Adat Bumiputra (NCR) malalui Penyukatan Perimeter Tanah NCR dan memohon pertimbangan khas kerajaan bagi memberi geran dan hak pemilikan tanah NCR kepada masyarakat Penan yang secara tradisinya adalah masyarakat nomad yang hidup berpindah-randah di hutan.

Di samping itu, sentiasa memelihara kebersihan alam sekitar agar bersih, sihat dan lestari sesuai dengan aspirasi PCDS 2030, di samping terus menyokong dan menerima pembangunan yang dibawa oleh kerajaan.

“Kami juga menyokong penuh konsep atau model pembangunan yang dilaksanakan di kampung atau Data Bila Ulu Baram yang mengutamakan kebajikan sosioekonomi masyarakat tempatan (kerjasama strategik kerajaan dan swasta untuk membina kemudahan asas jalan raya, perumahan dan pertanian di pedalaman,” katanya.

Mesyarakat Penan turut menyokong usaha pembangunan dan memohon agar menaik taraf jalan perhubungan sedia ada dan membina baharu jalan bagi menghubungkan perkampungan Penan yang belum ada jalan raya.

“Kami juga memohon kerajaan memperkasa, mempergiat dan mempelbagaikan lagi projek ekonomi masyarakat Penan khususnya dalam bidang pertanian dan pelancongan.

“Selain itu, meningkatkan lagi sokongan dan inisiatif pendidikan kepada anak-anak Penan terutama bagi mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS,” ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya turut memohon meningkatkan bilangan kaum Penan ke dalam perkhidmatan awam Sarawak melalui pengambilan khas anak-anak Penan yang telah tamat persekolahan dan IPTA/IPTS.

“Penyaluran maklumat yang sahih berkaitan hal ehwal masyarakat Penan juga adalah daripada Majlis Ketua Masyarakat Penan yang terdiri daripada KMKK yang dilantik oleh kerajaan dan bukannya melalui NGO-NGO yang kononnya memperjuangkan hak masyarakat Penan di peringkat tempatan dan antarabangsa,” tegasnya.

Selain itu, memohon agar memperkasakan struktur KMKK Penan dengan menambah bilangan pemanca dan penghulu Penan serta memohon sokongan kerajaan mempertahankan budaya dan adat resam masyarakat Penan, di samping bersedia menerima apa-apa bentuk perubahan ke arah yang positif.

“Kami menyeru kerajaan dapat meneliti dan mempertimbangkan setiap ketetapan dalam dokumen memorandum dan resolusi ini demi kemajuan dan kesejahteraan kehidupan masyarakat Penan,“ jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.152127 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list