Anggota SAR diberikan sesi taklimat pergerakan operasi sebelum memulakan usaha pencarian mangsa di hari yang ke-3, hari ini.
TATAU: Radius pencarian mangsa dibaham buaya di Sungai Tatau yang memasuki hari ke-3 hari ini diperluaskan antara 3 ke 4 kilometer ke hulu dan hilir sungai, kata Ketua Polis Daerah Tatau.
Menurutnya, selepas selesai sesi taklimat pergerakan operasi pada jam 8 pagi, usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi berkaitan yang lain dimulakan.
"Sebarang perkembangan semasa atau penemuan terbaharu berhubung insiden ini akan dimaklumkan dari masa ke masa," ujarnya.
Dalam kejadian yang berlaku pada petang Rabu, mangsa yang merupakan kanak-kanak perempuan iaitu Cicilia Julan Intik berumur 6 tahun telah dibaham buaya semasa sedang mandi bersama keluarganya di sungai berkenaan yang terletak di Kampung Seberang Pasar Lama Tatau.
Kejadian ini disaksikan sendiri oleh datuk mangsa yang juga turut berada di lokasi kejadian.
|