CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15757|Reply: 0

[Sarawak] Peraduan fotografi sempena Larian Pulau Li Hua 5.0 tawarkan hadiah wang tunai

[Copy link]
Post time 20-9-2024 03:10 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Peraduan fotografi sempena dengan Larian Pulau Li Hua 5.0 pada 20 Oktober depan yang bermula di Dataran Pulau Li Hua, menawarkan hadiah wang tunai kepada para pemenang.

Jurucakap penganjur Eric Teo berkata, pemenang tiga tempat teratas masing-masing akan menerima wang tunai RM500, RM300 dan RM200 berserta sijil penyertaan.

"Sepuluh pemanang hadiah sagu hati pula akan menerima wang tunai RM50 berserta sijil penyertaan setiap seorang," ujarnya sambil memberitahu peraduan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan penyertaan adalah percuma.

Setiap gambar yang dipertandingkan hendaklah dirakamkan semasa Larian Pulau Li Hua 5.0.

Teo berkata, setiap penyertaan hendaklah berukuran lapan kali 12 inci atau dalam format 8R, dengan menggunakan kertas berwarna, dan gambar hitam putih tidak diterima.

"Setiap penyertaan hendaklah ditulis nama serta nombor telefon peserta di bahagian belakang gambar. Peserta juga perlu menghantar cakera padat (CD) mengandungi gambar asal serta yang telah disunting, dengan saiz gambar antara 3MB dan 10 MB.

"Setiap foto yang dipertandingkan boleh disunting mengikut kesesuaian tanpa menjejaskan atau memadamkan element yang terdapat dalam foto," tegas beliau.

Menurut Teo, setiap penyertaan hendaklah dihantar ke Pejabat Hock Peng, Pulau Li Hua selewat-lewatnya 28 Oktober 2024, jam 3 petang.

"Tiada had penyertaan namun setiap peserta hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja," katanya sambil menambah pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel atau teks pesanan ringkas (SMS).

Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Eric di talian 011-10562779.

Larian Pulau Li Hua 5.0 dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Li Hua, Kelab Sukan Rekreasi Pulau Li Hua dan Persatuan Fotografi Sibu.

Ia melibatkan larian sejauh 10 kilometer sementara Pulau Li Hua Fun Run 5.0 sejauh empat kilometer, dengan kedua-dua larian terbuka kepada orang ramai yang berminat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.143251 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list