CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13371|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Wanita nyaris maut, kereta dihempap bongkah konkrit

[Copy link]
Post time 21-9-2024 09:36 AM | Show all posts |Read mode


Bongkah longkang konkrit terjatuh dari sebuah treler ke atas sebuah kereta menyebabkan kereta itu terbakar dan hangus sepenuhnya di Jalan Mambau, di sini, pagi tadi. FOTO IHSAN BOMBA.

Seremban: Sebuah kereta terbakar dan musnah sepenuhnya selepas dihempap bongkah longkang konkrit yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan Mambau, di sini, pagi tadi.


Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, pemandu kereta berkenaan iaitu seorang wanita bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan.


Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, PKPgB Ahmad Khomeini Kamarudzaman berkata, dianggarkan lebih separuh daripada muatan treler berkenaan terjatuh termasuk ke jalan raya.


"Pihak kami menerima panggilan kecemasan jam 7.28 pagi sebelum pasukan dari BBP Seremban 2 bergegas ke lokasi dan tiba 10 minit kemudian sebelum mendapati sebuah kereta terbakar.

"Kami menjalankan operasi pemadaman api, namun kereta berkenaan tidak dapat diselamatkan dan hangus 100 peratus. Pemandunya berjaya menyelamatkan diri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, maklumat daripada pemandu kereta jenis Proton Saga FLX, bongkah longkang yang dibawa treler dipandu seorang lelaki berusia 63 tahun itu didakwa terjatuh ke atas keretanya di bahagian hadapan.


"Akibatnya kereta dipandu seorang wanita berusia 31 tahun itu mula terbakar dipercayai bermula dari bahagian enjin.


"Sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 30 tahun dikatakan tidak sempat mengelak bongkah yang terjatuh di jalan raya menyebabkan kerosakan pada bahagian pintu belakang," katanya.


Jelasnya, pemandu Proton Saga FLX hanya mengalami kecederaan ringan pada tangan dan sudah diberikan rawatan manakala pemandu lain tidak mengalami kecederaan.


"Kejadian juga menyebabkan kesesakan kira-kira 7 kilometer di kedua-dua arah. Operasi mengalihkan bongkah dan sisanya masih dijalankan," katanya.


sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.351366 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list