CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7389|Reply: 0

[Sarawak] Semua pihak perlu ada rasa tanggungjawab, usaha kolektif pastikan bandar Sibu kekal aman dan selamat

[Copy link]
Post time 23-9-2024 02:33 PM | Show all posts |Read mode


Tiang (empat kiri), Yong (tiga kanan), Raden Khairulzaman (dua kiri) serta yang lain menyempurnakan majlis perasmian Karnival Sibuku Aman di Taman Tasik Permai.

SIBU: Semua pihak perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan usaha kolektif untuk memastikan bandar ini kekal aman serta selamat.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, ini amat penting apabila melibatkan dadah kerana ia menjadi punca kepada peningkatan kadar jenayah apabila individu melakukan aktiviti haram untuk mengekalkan ketagihan mereka.

“Apabila pihak berkuasa terpaksa mengalihkan sebahagian besar perhatiannya untuk menghentikan jenayah dan penyalahgunaan dadah ini, ekonomi pasti akan terbeban.

“Itulah sebabnya, untuk mewujudkan masyarakat yang selamat dan berkembang maju memerlukan usaha daripada semua orang," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Albert Tiang pada majlis perasmian Karnival Sibuku Aman di Taman Tasik Permai, hari ini.

Katanya, bandar selamat menjadi hab untuk perniagaan berkembang yang kemudiannya mewujudkan pekerjaan dan nilai hartanah meningkat.

“Sekolah dapat beroperasi tanpa rasa takut sekali gus menyediakan tempat pembelajaran untuk anak-anak kita.  

“Ia menarik pelabur dan pelancong yang kesemuanya menyumbang kepada ekonomi tempatan yang teguh.

"Oleh itu, kepentingan bandar yang selamat tidak boleh dipertikaikan,” ujarnya.

Beliau menyeru semua orang untuk bekerjasama terutamanya dengan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan.

“Apabila kita melihat antara satu sama lain, kita melabur untuk kesejahteraan keluarga kita, kemakmuran perniagaan kita, dan masa depan anak-anak kita,” katanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Yong Ing Chu dan pengerusi pengelola Karnival Sibuku Aman Kaunselor Raden Khairulzaman Raden Bustari.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052047 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list