CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7365|Reply: 0

[Sarawak] Chalet musnah dalam kebakaran dinihari di Jalan Bakam

[Copy link]
Post time 23-9-2024 02:36 PM | Show all posts |Read mode




Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran yang memusnahkan chalet terbabit.

MIRI: Sebuah chalet di Jalan Bakam musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi pada Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran terbabit pada jam 2.32 pagi.

“Seramai 18 anggota bomba bersama dua jentera Tender Penyelamat Kebakaran (FRT) dan dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari dua balai bomba iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dan BBP Lopeng bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya 24 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan chalet jenis tidak kekal berkeluasan lapan kali 10 kaki persegi dan terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media.

Setelah pemeriksaan dibuat, komander operasi mengarahkan anggota menjalankan operasi menggunakan teknik ofensif dan defensif bagi mengawal dan memadam kebakaran.

“Anggota membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran 100 kaki dua nozel dan satu aliran salur bantu mula bagi mengawal dan memadam kebakaran sepenuhnya.

“Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat dan tiada lagi punca-punca api, tugas seterusnya diserahkan kepada pasukan forensik kebakaran bagi menyiasat punca kebakaran,” ujar PGO.

PGO memberitahu, kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa dan operasi tamat kira-kira jam 4.02 pagi.  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.053357 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list