Program Vaksinasi Anti-Rabies di kawasan Merapok, Lawas pada 23 hingga 27 September ini.
KUCHING: Jabatan Veterinar Sarawak (DVS) akan mengadakan Program Vaksinasi Anti-Rabies Kampung Ke Kampung pada 23 hingga 27 September ini di kawasan Merapok, Lawas.
DVS menerusi hebahan awam berkata program tersebut akan bermula di Kampung Undop dan Kampung Munchu pada 23 September dari jam 9.30 pagi hingga 3 petang.
Program akan diteruskan di Kampung Lempaki Asal dan Tengah pada 24 September bermula jam 9.30 pagi hingga 5 petang.
Pada 25 September pula katanya, program vaksinasi akan diadakan di Kampung Merambai, Kampung Bukit Manang dan Kampung Rumah Ajan bermula jam 9.30 hingga 5 petang.
Manakala pada 26 September, program ini akan berada di Kampung Pengalih, Kampung Pasir Putih dan Kampung Sahabat Baru bermula dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang.
Program ini akan berakhir pada 27 September di Kampung Pa’Kepulu dan Kampung Long Segaman dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang.
Sehubungan itu, pemilik anjing diingatkan untuk memastikan anjing peliharaan masing-masing berumur tiga tahun ke atas, tidak bunting dan menyusu.
Pemilik juga diingatkan supaya memastikan anjing peliharaan masing-masing tidak berkeliaran pada setiap masa dan menyediakan kad pengenalan pemilik anjing pada program itu.
|