CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23958|Reply: 0

[Sarawak] Jasad mendiang Koperal Petrus dibawa ke Gereja St. Chepal Anthony di Kem Oya untuk upacara penghormatan terakhir

[Copy link]
Post time 25-9-2024 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 25-9-2024 03:05 AM





Istiadat penghormatan terakhir dilakukan mengikut adat rejimental ketenteraan.-Gambar Facebook Briged Kesembilan Infantri Malaysia

SIBU: Suasana pilu menyelubungi perkarangan Gereja St. Chepal Anthony di Kem Oya pada petang Selasa apabila jasad mendiang Koperal Petrus Linggi Liman, anggota Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), tiba untuk upacara penghormatan terakhir.

Menurut kenyataan dikongsikan di halaman Facebook Briged Kesembilan Infantri Malaysia, istiadat penghormatan yang mengikut adat rejimental ketenteraan diketuai oleh Sarjan Sathis Kumar Kanasen bersama lapan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Mereka memberikan penghormatan kepada jasad mendiang dengan penuh khidmat.


Jasad mendiang dibawa ke Gereja St. Chepal Anthony di Kem Oya di sini untuk upacara sembahyang. -Gambar Facebook Briged Kesembilan Infantri Malaysia

Pegawai Memerintah pasukan, Lt. Kol. Majani Japon, turut hadir dalam majlis tersebut untuk menyerahkan sumbangan kepada waris mendiang.

Majlis penghormatan itu turut dihadiri oleh Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 3 RRD, Jamayah Bujang.

Setelah itu, jasad mendiang dibawa ke kampung halamannya di  Rh Janting di Limunjan, Pakan.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di Facebook Jenazah mendiang tiba pada jam 6.30 petang dan disambut ahli keluarga, saudara-mara serta penduduk kampung yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.


Jasad mendiang dibawa ke kampung halamannya selepas selesai upacara sembahyang.-Gambar Facebook Briged Kesembilan Infantri Malaysia

Suasana tenang di Rh Janting, yang biasanya penuh dengan keriangan, berubah menjadi perhimpunan penuh penghormatan buat seorang wira yang pergi selamanya.

Mendiang Petrus terkorban semasa menjalani latihan di kawasan Song pada awal pagi Isnin.

Sebelum kejadian mendiang dan kumpulannya sedang berehat berhampiran jalan balak yang tidak berturap sebelum terkena tembakan yang tidak dikenali pasti
Mangsa yang terkena tembakan segera diberi rawatan kecemasan di lokasi sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Song sebelum dirujuk ke Hospital Kapit dan disahkan meninggal dunia.


Jasad mendiang tiba di kampung halamannya di Rh Janting di Limunjan, Pakan pada jam 6.30 petang semalam.-Gambar Facebook


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.331067 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list