CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10930|Reply: 0

[Sabah] Helikopter Layang Layang Aerospace mendarat cemas di Kampung Buayan

[Copy link]
Post time 26-9-2024 12:20 PM | Show all posts |Read mode


HELIKOPTER: Helikopter jenis Bell 206B JetRanger milik Layang Layang Aerospace yang mengalami masalah enjin sehari sebelum kejadian hari ini dirakam oleh kakitangan KKM. Helikopter diterbangkan oleh Kapten Kugan (dua kanan)

KOTA KINABALU: Sebuah helikopter jenis Bell 206B JetRanger milik Layang Layang Aerospace Sdn Bhd dilaporkan menghadapi masalah teknikal sebelum melakukan pendaratan kecemasan di tebing sebuah sungai terpencil di Penampang, dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 12 tengah hari itu, pesawat terbabit sedang dalam penerbangan untuk program doktor udara di kawasan terpencil Sabah yang disertai empat kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, keempat-empat kakitangan KKM terbabit bersama juruterbang pesawat dilaporkan selamat berikutan tindakan segera juruterbang mendaratkan helikopter itu selepas mengesan isyarat amaran dalam sistem pesawat.

Selepas mendarat dengan selamat, juruterbang membuat panggilan kecemasan bagi memaklumkan situasi sebelum sebuah helikopter Sabah Air Aviation Sdn Bhd yang dalam misi perubatan ke Tawau menerima panggilan berkenaan.

Ketika dihubungi, Pengerusi Sabah Air Aviations, Datuk Kenny Chua, yang mengesahkan insiden berkenaan berkata, juruterbang helikopter Sabah Air itu kemudian menghantar mesej ke ibu pejabat syarikat penerbangan itu di Tanjung Aru, di sini.

"Berikutan ada amaran daripada sistem pesawat, helikopter itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan dan berjaya mendarat dengan selamat di Kampung Buayan, Penampang tanpa sebarang kecederaan terhadap semua penumpang dan juruterbang.

"Dalam masa yang sama, helikopter Sabah Air yang dalam penerbangan ke Tawau untuk misi perubatan menerima panggilan kecemasan daripada juruterbang helikopter yang terkandas di Kampung Buayan itu.

"Selepas itu, juruterbang helikopter Sabah Air itu menghantar mesej yang diterimanya ke ibu pejabat syarikat di Tanjung Aru sebelum sebuah helikopter lain bersama seorang jurutera dan dua juruteknik dihantar pada kira-kira jam 12.30 tengah hari," katanya.

Beliau berkata, pasukan yang tiba ke lokasi helikopter terkandas itu berjaya membaiki pesawat terbabit di Kampung Buayan, Penampang dan kedua-dua helikopter berjaya terbang semula ke Tanjung Aru bersama kakitangan KKM pada jam 2 petang.

Bagaimanapun, katanya disebabkan ruang helikopter yang terhad, jurutera dan dua juruteknik yang dihantar ke lokasi terpaksa ditinggalkan sementara di Kampung Buayan.

"Sabah Air atau Layang Layang Aerospace akan membuat penilaian situasi sebelum kembali untuk mengambil jurutera dan juruteknik terbabit.

"Disebabkan kawasan berhutan di Buayan, ia agak mencabar untuk menentukan lokasi yang tepat terutama jika ada kabus dan berawan tetapi kita akan bawa mereka balik sejurus situasi mengizinkan," katanya.

Sementara itu, menerusi satu kenyataan, Pengurus Besar Layang Layang Group, Kapten Shahdon Poong, berkata ketika kejadian, helikopter terbabit sedang dalam penerbangan rutin untuk Perkhidmatan Doktor Udara dari Kota Kinabalu ke Kampung Saliliran, Nabawan.

Katanya, pendaratan cemas dilakukan selepas satu daripada tolok parameter enjin helikopter menunjukkan penurunan bacaan secara beransur-ansur.

"Sebagai tindak balas, juruterbang bertindak segera mengikut prosedur kecemasan dan melaksanakan 'autorotation manoeuvre', sebelum berjaya mendaratkan helikopter di kawasan terbuka yang selamat sepanjang tebing sungai di Kampung Buayan, Penampang.

"Sejurus mendarat, juruterbang mematikan pesawat dan meminta bantuan daripada Sabah Air Aviation sebelum sebuah helikopter dihantar untuk mengambil kakitangan KKM balik ke Kota Kinabalu," katanya.

Katanya, pakar teknikal turut dihantar segera ke lokasi untuk menilai situasi dan mengenal pasti punca sebagai kerosakan sistem amaran.

"Pesawat itu diperbetulkan di lokasi dan selepas ujian penerbangan yang teliti, ia kembali ke Kota Kinabalu tanpa sebarang isu.

"Helikopter itu kini menjalani pemeriksaan menyeluruh bagi menentukan punca kerosakan sistem amaran itu," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.040610 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list