CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13891|Reply: 0

[Sarawak] Pelbagai tarikan tambahan undang keseronokan kunjungi BIKF

[Copy link]
Post time 26-9-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode


Haidar, Yakup (berdiri tengah) serta pengurusan kanan BDA dan rombongan IRSDA merakam gambar di hadapan patung beruang dan harimau yang merupakan antara tarikan utama kepada pengunjung di BIKF 2024.

BINTULU: Dua patung haiwan yang menggunakan peniup angin berbentuk beruang dan harimau berketinggian enam meter yang dibawa khas dari Perancis antara tarikan tambahan di Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu (BIKF) edisi ke-17 2024 di Lasar Kenyalang Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Patung tersebut akan melengkapkan tarikan sebuah lagi patung sedia ada iaitu patung gorila yang pernah popular dalam BIKF edisi lepas dan keindahan kawasan itu yang diterangi cahaya lampu warna-warni akan terpancar pada sebelah malamnya.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datu Muhamad Yakup Kari berkata, disebabkan kejayaan patung gorila yang ditempatkan di tapak festival ini tahun lepas menarik minat orang ramai untuk melihat lebih dekat sambil merakam gambar, maka tahun ini penganjur menambah dua patung haiwan lain jenis yang sama.

Katanya, bukan sahaja untuk golongan dewasa tujuan kita juga adalah untuk menarik minat anak-anak datang ke BIKF ini sambil mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti (bengkel membuat layang-layang) serta mempelajari tentang layang-layang.

"Ia berdasarkan kepada perjanjian BDA dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) untuk memberi ruang kepada kanak-kanak terlibat sama dalam kita melaksanakan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI)," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran menempatkan patung haiwan tersebut di tapak BIKF hari ini.


MUHAMAD YAKUP

Pelancaran acara itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Asghar Khan, pegawai serta pengurusan kanan BDA.

Beliau menyifatkan usaha itu juga sebahagian tanggungjawab BDA sejajar dengan penyertaan Indeks Kesejahteraan Sosial Sarawak (Peringkat Negeri).

"Kita ingin menarik minat anak-anak supaya dapat datang bersama mengambil bahagian, melawat, memerhati dan sama-sama mempelajari tentang layang-layang," katanya sambil menambah, patung tersebut adalah hak milik BDA yang telah dibeli dari pelayang Perancis.

Dalam pada itu Yakup berkata, beberapa rombongan Integrated Regional Samarahan Development Agency atau Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) turut mengadakan lawatan bagi mengikuti perkembangan perjalanan BIKF anjuran BDA di bahagian ini.

"Ada tiga kumpulan sebenarnya yang memantau perjalanan penganjuran BIKF ini iaitu kumpulan dari Johor dan Perancis termasuk IRSDA ini," katanya.

Katanya, melalui lawatan ini mereka akan dapat menegur dan berkongsi pelbagai perkara berkaitan BIKF sambil memupuk jalinan kerjasama yang bermakna mengenai Bintulu, BDA dan sebagainya.


SUHAILI

Sementara itu Timbalan Pegawai Tadbir Khas IRSDA Suhaili Mohamed berkata, lawatan mereka ke BDA dan Bintulu sebagai penanda aras serta bagi melihat situasi penganjuran BIKF yang dilihat sangat baik untuk komuniti terutama penganjurnya BDA sebagai sebuah agensi kerajaan.

"Walaupun acara ini diadakan beberapa tahun pada setiap tahun, ia dapat dikekalkan penganjurannya dengan baik, tahniah kepada pengurus besar atas kejayaan pasukannya menganjur BIKF ini sejak beberapa tahun," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.049368 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list