View: 30679|Reply: 4
|
Pelakon Park Ji Ah Meninggal Dunia Pada Usia 52 Tahun
[Copy link]
|
|
Pelakon Korea Selatan iaitu Park Ji Ah yang pernah membintangi drama The Glory dilaporkan telah meninggal dunia, pada Isnin.
Memetik laporan Koreaboo, aktres yang cukup berbakat itu dilaporkan bertarung nyawa melawan penyakitnya sebelum mengalami strok sehingga tidak sedarkan diri.
Mendiang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 52 tahun akibat infarct otak atau lebih dikenali sebagai strok iskemik.
Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh agensi yang mewakili mendiang iaitu Billions.
"Billions akan sentiasa mengenang semangat yang dimiliki mendiang, kerana dia mencintai lakonan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi, kami mengucapkan salam takziah."
Sementara itu, proses pemakaman mendiang akan berlangsung pada 2 Oktober di Pusat Perubatan Asan.
Sumber – Koreaboo, OhBulan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hilang pelakon berbakat. Teringat watak mak jahat dlm The Glory |
|
|
|
|
|
|
|
dalam the heirs pun dia jadi mak tiri jahat jugak. macam anat je time seronok ko ambik ayah dia
time sakit mata terkedip2 nak ngaku anak pulak sebab nak guna discount. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fanaz82 at 1-10-2024 10:03 AM
aku ingt dia dalam citer the doctor. dia jadi mak tiri heroin. dengan mulut herot dia minta diskaun utk rawatan |
|
|
|
|
|
|
|
Pusat oerubatan sama dengan rakyat mesia kat korea tu kan...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|