CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22165|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan digesa jadikan e-invois sebagai pilihan sukarela

[Copy link]
Post time 1-10-2024 11:42 PM | Show all posts |Read mode
STA anggap keputusan kerajaan wajibkan e-invois untuk semua perniagaan sebagai ‘dasar tidak bertimbang rasa’



"Ambang rendah untuk pendaftaran e-invois, ditetapkan pada hasil melebihi RM150,000, terus menjerat PKS dalam dilema pematuhan.”  
Annie Ting
Ketua Pegawai Eksekutif STA

KUCHING: Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) menganggap keputusan kerajaan mewajibkan e-invois untuk semua perniagaan di Malaysia sebagai ‘dasar tidak bertimbang rasa’.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Annie Ting berkata ini kerana penguatkuasaan e-invois itu akan  memberi kesan yang tidak seimbang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang membentuk tulang belakang ekonomi Malaysia.

Ting menambah, walaupun niat untuk memodenkan sistem cukai difahami, pendekatan wajib ini mengabaikan cabaran unik dihadapi oleh PKS, yang sering kekurangan sumber dan kepakaran bagi melaksanakan penyelesaian teknologi kompleks.

"Ambang rendah untuk pendaftaran e-invois, ditetapkan pada hasil melebihi RM150,000, terus menjerat PKS dalam dilema pematuhan.

“Melaksanakan e-invois memerlukan pelaburan yang besar dalam perkakasan, perisian dan latihan baharu.

"Bagi kebanyakan PKS, perbelanjaan ini tidak dapat dicapai, memaksa mereka sama ada mengalihkan sumber daripada aktiviti perniagaan teras atau menghadapi risiko ketidakpatuhan.

"Selain itu, peralihan kepada e-invois boleh menjadi rumit dan memakan masa, mengganggu operasi dan berpotensi membawa kepada kesilapan atau kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ting mencadangkan agar kerajaan memberi tumpuan kepada penyediaan insentif untuk menggalakkan penggunaan sukarela e-invois bukan keperluan mandatori.

"Pendekatan ini boleh termasuk rebat cukai atau kredit untuk PKS yang melaksanakan e-invois, bantuan kewangan bagi membantu mengimbangi kos perkakasan, perisian dan latihan serta prosedur pematuhan yang dipermudahkan untuk pengguna e-invois," katanya.

Beliau percaya dengan menawarkan insentif ini, kerajaan boleh mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk PKS menerima e-invois sambil meminimumkan beban kewangan kepada perniagaan.

“Tidak seperti negara lain seperti Singapura, Australia dan United Kingdom, pendekatan Malaysia terlalu tergesa-gesa, kurang rundingan dengan perniagaan di Sarawak terutama PKS.

"Negara-negara ini telah berjaya mempromosikan penggunaan e-invois melalui rangka kerja sukarela, memberikan fleksibiliti kepada perniagaan untuk memilih penyelesaian terbaik bagi keperluan mereka.

"Dengan mencontohi negara-negara ini, Malaysia boleh mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih menyokong dan mampan," ujarnya.

Justeru, Ting menggesa kerajaan mempertimbangkan semula (pelaksanaan) dasar ini dan menjadikan e-invois sebagai pilihan sukarela bagi perniagaan yang mempunyai insentif serta sokongan yang berkesan.

"Pendekatan ini akan meringankan beban kewangan PKS, menggalakkan inovasi dan akhirnya menyumbang kepada ekonomi Malaysia yang lebih rancak," tambahnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.150316 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list