CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22761|Reply: 0

[Sarawak] 360 kes gigitan haiwan dilaporkan seminggu

[Copy link]
Post time 2-10-2024 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Sarawak rekod 12,587 kes gigitan haiwan, 1 Januari-Ogos 2024 atau purata 360 kes gigitan seminggu



Dr Sim menerima cenderamata daripada Pengarah JPVS Datu Dr Adrian Susin Ambud sambil disaksikan Dr Rundi pada majlis perasmian RIB 2024 hari ini. -Gambar UKAS

“Daripada jumlah keseluruhan kes ini, sebanyak 6,966 kes atau 55.34 peratus adalah gigitan atau cakaran kucing, 5,451 kes (43.30 peratus) adalah gigitan anjing dan 170 kes (1.35 peratus) melibatkan haiwan lain.”

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Premier Sarawak

Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak merekodkan sejumlah 12,587 kes gigitan haiwan dalam tempoh 1 Januari hingga Ogos tahun ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, secara purata sebanyak 360 kes gigitan haiwan dilaporkan setiap minggu.

“Daripada jumlah keseluruhan kes ini, sebanyak 6,966 kes atau 55.34 peratus adalah gigitan atau cakaran kucing, 5,451 kes (43.30 peratus) adalah gigitan anjing dan 170 kes (1.35 peratus) melibatkan haiwan lain.

“8,703 kes atau 69.14 peratus daripadanya merupakan gigitan atau cakaran daripada haiwan peliharaan manakala 3,884 kes (30.86 peratus) melibatkan haiwan liar atau terbiar,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian pada majlis perasmian Persidangan Rabies di Borneo (RIB) 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak akan terus komited melaksanakan pelbagai usaha bagi mengekang penularan wabak rabies dan mencapai status bebas rabies menjelang 2030.

Antara usaha yang sudah dilakukan katanya, termasuk mengadakan vaksinasi secara besar-besaran terhadap anjing, pengeluaran lesen dan mikrocip, kawalan populasi anjing, kempen kesedaran serta pemantauan dan pengawasan.

“Di Sarawak, kita juga mempunyai Pasukan Immune Belt Enforcement Team (IBET) di bawah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS).

“Unit ini ditubuhkan oleh Kerajaan Sarawak bagi mencegah kemasukan rabies di sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan yang merentasi lebih 1,032 kilometer dari Lundu hingga Lawas.

“Untuk makluman, IBET secara aktif memantau dan membendung pergerakan anjing yang dijangkiti rabies, menjalankan pengawasan penyakit dan telah berjaya memvaksin 21,860 ekor anjing sekali gus mencapai 89 peratus imuniti kelompok dalam zon ‘immune belt’ pada tahun 2023,” katanya.

Sehingga kini, ujarnya, jumlah anjing yang telah divaksinasi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) dan IBET di seluruh Sarawak adalah sebanyak 36,900 ekor anjing, daripada 50,000 anjing yang disasarkan menjelang akhir tahun ini.

“Selain langkah-langkah ini, Kerajaan Sarawak juga bekerjasama dengan negara-negara lain di rantau ini untuk mengawal dan mencegah penularan wabak rabies,” kata beliau

Sehubungan itu, Abang Johari berharap, persidangan RIB itu akan digunakan sebaik mungkin untuk berkongsi pengetahuan serta penyelesaian mengenai usaha menangani wabak rabies.

"Saya menyeru semua pihak berkepentingan untuk bekerjasama dalam mengawal dan menghapuskan rabies di Borneo.

Kita perlu berganding bahu untuk mendidik masyarakat tentang rabies serta memantau, mengesan dan sentiasa berada selangkah di hadapan dalam menangani penyakit ini.

"Saya yakin persidangan ini akan berjaya dan oleh itu, mari kita bersatu dalam komitmen untuk melawan rabies dan mencapai status Sarawak bebas rabies menjelang 2030," ujar Abang Johari.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.517291 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list