CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22866|Reply: 0

[Sarawak] Vandalisme dan kecurian kabel isu kritikal halang pembangunan, susahkan penduduk

[Copy link]
Post time 2-10-2024 12:15 AM | Show all posts |Read mode


Julaihi ditemui pemberita selesai merasmikan majlis penyerahan Projek Skim Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) Fasa 2 di sebuah hotel di Kuching, semalam.

KUCHING: Vandalisme dan kecurian kabel elektrik serta telekomunikasi di kawasan luar bandar menjadi isu kritikal yang menghalang pembangunan serta menyusahkan penduduk tempatan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, aktiviti tidak bertanggungjawab itu kian berleluasa dan membimbangkan pada masa kini.

Menurutnya, kegiatan vandalisme seperti kecurian kabel bukan sahaja menyebabkan gangguan bekalan elektrik tetapi juga menyekat akses kepada perkhidmatan Internet dan telekomunikasi terutama di kawasan terpencil.

"Janganlah ganggu atau rosakkan kemudahan awam yang sangat diperlukan oleh semua pihak," ujar beliau kepada pemberita selesai merasmikan majlis penyerahan Projek Skim Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) Fasa 2 di sebuah hotel di sini, semalam.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata demikian ketika ditanya mengenai kes kecurian kabel elektrik di Kampung Tambir dan Kampung Sampun yang telah mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di kawasan tersebut.

Julaihi menambah, menara-menara telekomunikasi dan tiang-tiang elektrik sudah siap dibina di kawasan itu, namun tindakan vandalisme seperti ini menyebabkan masyarakat luar bandar terputus daripada kemudahan asas yang amat penting bagi kehidupan harian dan pembangunan sosioekonomi.

Beliau juga menyeru agar semua pihak mengambil tanggungjawab menjaga kemudahan yang telah disediakan untuk kebaikan bersama.

"Kesan daripada vandalisme ini sangat merugikan masyarakat sendiri," ujar beliau.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang menjelaskan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) kini sedang berusaha menggantikan kabel-kabel yang telah dicuri bagi memastikan projek tersebut dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.

Untuk rekod, projek pencahayaan jalan di bawah Fasa 2 Program Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) itu melibatkan kawasan dari UiTM sehingga ke Sebuyau.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.088053 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list