CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32109|Reply: 0

[Sarawak] Rogol kakak kandung OKU hingga lahirkan anak, remaja lelaki dihantar ke Sekolah Tunas Bakti

[Copy link]
Post time 3-10-2024 10:59 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dihantar ke Sekolah Tunas Bakti Kuching selepas mengaku bersalah merogol kakak kandung orang kelainan upaya (OKU) hingga melahirkan anak.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan setelah meneliti fakta dan keterangan kes, selain mendengar laporan akhlak yang dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.

Mahkamah menetapkan pesalah muda yang didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu untuk dihantar ke sekolah terbabit selama tiga tahun.

Selain itu, mahkamah juga mengarahkan tertuduh untuk diletakkan di bawah pengawasan oleh Pegawai Akhlak atau Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak selama setahun selesai menjalani hukuman.

Fakta kes mendedahkan pada 10 Mac 2024, pengadu iaitu bapa tertuduh mendapati anak remaja perempuannya yang berusia 16 tahun (mangsa) mengandung dan seterusnya bertindak membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Mangsa yang merupakan OKU terlantar itu kemudiannya dilapor melahirkan bayi pada 12 April 2024.

Susulan itu, satu spesimen yang dikumpul daripada mangsa dan tertuduh telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis.

Ujian perbandingan DNA dijalankan oleh pegawai analisis pada 13 Mei 2024 dan keputusan ujian mengesahkan bayi tersebut adalah anak tertuduh.

Berikutan itu, tertuduh ditangkap pada 26 Mei 2024.

Siasatan lanjut polis kemudian mendapati tertuduh merogol mangsa sekitar bulan Jun hingga Julai 2023 di sebuah rumah di Jalan Perkuburan Batu 10, Jalan Matang di sini.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa ASP Mohd Adzmei Ahmad sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.049761 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list