CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34107|Reply: 0

[Kedah] Baling dilanda banjir kilat lagi

[Copy link]
Post time 4-10-2024 12:56 AM | Show all posts |Read mode
Baling dilanda banjir kilat lagi


Oleh Safuri Kamarudin - Oktober 3, 2024 @ 11:23pm [email protected]







Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meredah arus banjir untuk membantu mangsa di Mukim Siong. - NSTP/Ihsan APM.





BALING: Empat Pusat Pemindahan Banjir ( PPS) di buka bagi menempatkan mangsa banjir di empat mukim yang dilanda banjir malam ini.

Antara PPS di buka iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Siong, SK Seri Bayu dan Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Parit Panjang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan Mohd Faizol Ab Aziz, berkata hujan lebat berterusan sejak jam 5.00 petang tadi menyebabkan air Sungai Ketil melimpah ke penempatan penduduk.

Beliau berkata antara mukim terbabit Mukim Siong, Pulai, Bakai dan Teloi Kanan.

Bagaimanapun, jumlah mangsa di semua PPS masih dalam siasatan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling.

"Mangsa berpindah sejak jam 7.00 malam ini," katanya.

Menurutnya, antara kampung terbabit setakat ini Kampung Tanjung Pari, Seri Ketengga dan Batu Lapan ( Mukim Siong), Kampung Carok Kapas ( Mukim Pulai), Kampung Jernang (Mukim Bakai) dan Kampung Charok Bakap serta Kampung Kembal di Mukim Teloi Kanan.

" Hujan lebat berterusan lebih dua jam menyebabkan penduduk yang tinggal berdekatan tebing Sungai Ketil bimbang dan berpindah kerana air melimpah dengan cepat," katanya.

Mohd Faizol berkata, anggota telah dikerahkan untuk membantu penduduk yang terperangkap di beberapa kawasan bagi mengelakkan kejadian buruk kerana paras air semakin meningkat sehingga satu meter.

Beliau meminta penduduk sentiasa berwaspada dan berpindah dengan segera sekiranya keadaan tidak selamat.

"Kita bimbang mangsa terperangkap dengan keadaan cuaca yang gelap dan arus yang deras.

"Anggota APM terus membuat pemantauan di semua kawasan yang sering dinaiki air kerana hujan masih turun dan bimbang pada waktu malam menyukarkan anggota untuk membantu, "katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1306332/baling-dilanda-banjir-kilat-lagi






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 09:44 AM GMT+8 , Processed in 1.422115 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list